Friday, March 2, 2012

Polygon Heroes Prints By The Blackening Co


Sekali lagi aku post pasal poster superhero. Tetapi kali ini adalah poster superhero versi poligon yg sangat cool yg dihasilkan oleh TheBlackeningCo . Bentuk poligon tidak sekata ini telah menghasilkan watak superhero yg dikenali ramai walaupon rupa mereka tidak jelas kelihatan. Cool eh!

Brazilian Suburb Gets Perspective Typography Murals

Beauty

Artis dari Madrid, Spain, Boa Mistura baru-baru ini telah memberikan sentuhannya pada sudut penempatan Brazil dengan projek typografi di dinding yg bermakna dan berwarna-warni. Bekerja dengan kanak-kanak dari Brasilândia Vila, penempatan mundur di pinggir Sao Paolo, pasukan ini mengambil tempat di sudut2 laluan kecil sebagai kanvas mereka. Laluan itu kemudian diwarnakan dengan warna-warna cerah dengan perkataan beleza, amor, doçura, firmeza and orgulho (beauty, love, sweetness, firmness and pride) menjadi fokus utama projek mereka.

Welded Chain Human Scupltures By Seo Young Deok


Dilahirkan dengan obsesi terhadap bentuk badan manusia, artis korea Seo Young Deok mencipta arca figura manusia daripada material yg jarang digunakan iaitu rantai. Arca tubuh lelaki dan perempuan Seo Young Deok dibuat dengan teliti hasil kimpalan rantai besi konvensional yg dikitar semula.

Bird Nest Starbucks Cafe in Japan


Sementara kebanyakkan kafe Starbucks terikat dengan konsep rekaan yg sama, kafe Starbucks ini yg terletak di Jepun diperkenalkan dengan rekaan yg sangat berbeza. Arkitek di Kengo Kuma and Associates, telah menetapkan rekabentuk kafe terkemuka yg unik, sementara masih mengekalkan identitinya dan melengkapi kawasan persekitaran.

Tuesday, February 28, 2012

Geek vs Hipster


Anda Geek atau Hipster atau kedua-duanya sekali? Lihat infografi didalam dan anda nilaikannya sendiri.

Rage Comics - In Real Life

Buat peminat Rage Comics diluar sana, ni video khas buat anda yg ingin tahu bagaimana gamaknya kalau Rage Comics ni ada di dunia sebenar. Enjoy!

Portrait Created from Thousands of Coffee Stains


Bagaimana kopi dan seni itu boleh disatukan? Persoalan ini telah dijawab oleh Hong Yi,artis muda berbakat dari Malaysia (tepuk sikit) ketika menghasilkan karyanya yg terbaru dalam masa 12 jam pada hari "Valentine Day" yg lalu.

A Day Made of Glass



Setakat ini, mungkin imaginasi anda terhadap masa hadapan banyak dipengaruhi oleh filem fiksyen sains, komik dan permainan video yg berlatar belakangkan masa hadapan. Kebanyakkannya memaparkan kenderaan yg terapung diudara, teknologi perhubungan yg canggih, rekabentuk bangunan yg pelik serta transformasi budaya manusia yg ketara. Tapi sebelum kita dibasuh dengan gambaran masa hadapan yg belum pasti, sekurang-kurangnya video komersil syarikat kaca dan seramik Corning Inc. ini dapat memberikan gambaran yg tidak keterlaluan tetapi cukup canggih dan cukup indah untuk dinikmati pada masa hadapan.Nice! Ade video lagi didalam.

Cool Superhero Silhouette Posters


Walaupun tanpa melihat muka atau pakaian mereka, anda dengan mudah boleh mengenal pasti watak-watak komik dalam hasil poster superhero Lily's Factory ini. Bagi aku, inilah sudut kehidupan superhero yg perlu kita fahami. Bergerak dalam bayang-bayang sendiri tetapi ditutupi dengan topeng dan pakaian yg melambangkan perjuangan mereka.

Long time no see my friends!!!

Salam sejahtera kepada semua yg tersesat atau memang dengan tulus ikhlas hati singgah ke blog aku  ni. Setelah lebih setengah tahun aku bertapa di negara orang, kini aku kembali bagi menyambung cita2 murni Goblog yg terbantut buat seketika. Post pertama sejak sekian lama ini hanyalah salam perkenalan sekali lagi, sebelum anda muntah dengan update2 Goblog yg ntahpape selepas ini. Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...