Showing posts with label GoNews. Show all posts
Showing posts with label GoNews. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

12 Orang Yang Mati Ketika Perform

Ok post ini tidak ada kena mengena dengan kematian Amy Whinehouse kerana sah2 dia meninggal kerana OD(OverDose). Performing on stage adalah impian semua seniman2 yang mahu menapak dalam dunia seni namun in a great performance, there will always be some flaws.. and sometimes, can lead to D.E.A.T.H.


Sunday, June 19, 2011

Hitchhiking Around the World


Hitchhiking bukanlah suatu perkara yg dipandang baik oleh masyarakat dan tidak baik juga untuk dilakukan. Hal ini kerana hitchhikers berkemungkinan mempunyai niat buruk dan pemandu berisiko menjadi mangsa. Bagaimanapon, Jeremy Marie dari Caen, Perancis ingin membuktikan bahawa dunia ini didiami oleh orang-orang yg berniat baik. Melalui pengembaraannya, dia membuktikan perkara itu betul dengan diberi 1,285 tumpangan melalui 119092km perjalanan meliputi 64 negara. WoW!

Wednesday, June 8, 2011

Game Arthritis


Ini adalah pesanan yg serius kepada gamers tegar, iaitu apakah kesan sebenar permainan digital kepada jari, tangan dan badan anda? Kajian telah dibuat selama beberapa tahun di beberapa makmal klinikal di seluruh dunia tetapi para doktor dan saintis tidak mahu berkongsi penemuan mereka kepada dunia luar. Walaubagaimanapon, bukti baru penyakit yg terhasil daripada teknologi ini telah tersebar ke pengetahuan umum. Digelar sebagai "Games Arthritis" tetapi tidak diakui secara rasmi. Pihak bertanggungjawab telah menyangkal wabak ini dengan menyatakan ianya hanya "mass hysteria".

Wednesday, May 25, 2011

The Most Mesmerizing Video of an Exploding Volcano

Seperti mana yg diketahui, letusan gunung berapi Grímsvötn di Iceland pada 21 May lalu telah menyebabkan 500 penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana berkuatkuasanya zon larangan terbang akibat debu tebal menutup ruang udara seluas 20 batu di sekeliling gunung berapi itu. Oleh itu, jom kita usha video letusan gunung berapi Grímsvötn yg dirakam oleh Jon Gustafsson dengan menaiki helikopter beberapa batu dari tempat kejadian. Scary!



Gambar letusan yg menakjubkan di dalam.

Tuesday, May 17, 2011

The Owl and the Pussycat

Video yg memaparkan kemesraan diantara seekor kucing, Fum dan burung hantu, Gebra telah menjadi sensasi di youtube dengan tontonan sebanyak setengah juta sejak dimuat naik minggu lepas. Walaubagaimanapon, pemilik video ini tidak dapat dikenal pasti. Apa-apa pon, jom usha gelagat mesra kedua-dua haiwan yg berlainan spesis ini.



Aku memang dah lama pasang niat nk bela burung hantu macam ni, geram pulak bila tgk burung ni jinak semacam. HEHE

[DAILYMAIL]

Monday, May 16, 2011

Taiwan’s “Face Down on the Streets Girls”


Korang ingat lagi tak dengan The Girl Who Loves to Levitate Natsumi Hayashi? Gadis Jepun yg suka bergaya seolah-olah terapung ketika bergambar pernah popular di internet tidak lama dulu. Kini, 2 orang gadis dari Taiwan iaitu Jinyu, 25 dari Taipei dan Karren, 28 dari Taichung seolah-olah mengejek gambar dari Natsumi dengan membuat gaya 'Facedown' di tempat tarikan pelancong di Taiwan. Dengan berbaring dan muka menghadap ke tanah, fenomena bergambar ini kini kian popular dan dikenali dengan beberapa nama seperti “planking”, “the lying down game” dan juga “facedowns“.

Thursday, May 12, 2011

The Man with 1000+ Instant Cameras


Pencinta kamera dari Hong Kong, TM Wong telah mengumpulkan lebih 1000 buah kamera segera dalam koleksinya, berkemungkinan adalah koleksi kamera segera yg terbanyak pernah dikumpulkan. Jumlah ini cukup untuk menggunakan kamera yg berlainan setiap hari selama 3 tahun. Wow!

Friday, May 6, 2011

Knuffingen Airport, World's Largest Miniature Airport


Memakan masa 6 tahun untuk dibina, model airport miniatur yg digelar Knuffingen Airport akhirnya kini dibuka kepada pelawat. Ia kini dipamerkan di Miniatur Wunderland, Hamburg dan mempunyai 40 buah kapal terbang yg boleh berlepas dan mendarat, 90 buah kenderaan berbagai jenis g bergerak di sekitar lapangan dengan sendirinya. Untuk membina model lapangan terbang yg menakjubkan ini bukan murah, ia memerlukan kos sebanyak 3.5 juta euros keseluruhannya. Amazing!

Wednesday, April 27, 2011

Evil Fake iPhone


Seorang lelaki telah membeli sebuah iPhone tiruan yg murah di sebuah kedai elektronik milik warganegara China. Jurujual itu memberitahu bahawa iPhone itu telah kehabisan bateri dan hanya boleh dicas semula dirumah. Lelaki itu kemudain pulang dan cuba mengecas Iphone tersebut tetapi tiada hasil. Apabila dia membuka iPhone tersebut, dia begitu terkejut kerana..........

Friendster To Erase All User Photos, Blogs And More On May 31


Sebelum Myspace dan Facebook, Friendster telah mula menjadi laman sosial sejak dari tahun 2002 lagi. Berjaya mengumpulkan seramai 10 juta pengguna dan pendapatan menghampiri $50 juta, kini akhirnya Friendster menyerah kalah dengan fenomena yg dibawakan oleh Facebook. Friendster akan memadamkan semua maklumat yg berkaitan dengan penggunanya pada 31 May nanti. Oleh itu, Friendster telah menyediakan aplikasi ‘Friendster Exporter’ untuk memuat turun atau export info, gambar, senarai rakan, komen, mesej dan lain-lain.

Friday, April 22, 2011

Super Mario Proposal

Sebelum ni aku pernah post pasal proposal paling geeky sekali iaitu pokeball ring proposal. Mungkin Silva ingin mencabar tahap kegeekyan itu dengan membuat proposal tehadap kekasihnya dengan bertemakan Super Mario. Dork are sweet too you know.



Aku nk buat proposal style Angry Bird la HAHA

[BUZZFEED]

Wednesday, April 20, 2011

Dead Alien Found in Russia


Anda percaya dengan kewujudan UFO dan alien? Bagi aku, aku susah nk percaya dengan kewujudan alien sebab aku tak pernah nampak sendiri. Btw, ini ada video dimana 2 orang lelaki telah menjumpai bangkai alien di Irkutsk, Russia. Rakaman menunjukkan bangkai alien itu masih baru dan sebelah kakinya telah hilang separuh. Samada betul atau tak video ni aku tak jamin, sebab macam2 komen yg aku dah baca, ada yg mengatakan video ini betul dan sebaliknya. Jom usha video didalam.

Tuesday, April 19, 2011

The Biggest Popcorn Box in The World


Cineplexx dan Avenue Mall Osijek, Osijek, Croatia, hari ini mencatat rekod didalam Guinness World of Records apabila membuat kotak popcorn terbesar di dunia. Acara ini diadakan di luar pintu masuk utama Avenue Mall Osijek. Untuk mencatat rekod itu, Cineplex menyediakan 2.8 tan popcorn yg akan diisi didalam kotak yg berketinggian 5.37 meter dan 2.5 - 3.5 meter lebar (52 000 liter isipadu). Selepas setengah jam membuat ukuran, wakil dari Guinness World Records, Tarik Vara menyerahkan sijil pengiktirafan kepada pihak penganjur sebagai bukti pemegang rekod kotak popcorn terbesar didunia.

Monday, April 18, 2011

Miami Covered in Foam


Mungkin ini adalah pesta buih terbesar di dunia, dengan bandar Miami, Florida dibanjiri buih setinggi 2 meter. Sebenarnya ini adalah kempen iklan dari syarikat elektronik Sony. Mereka membina mesin pembuat buih yg terbesar di dunia semata-mata untuk menjayakan iklan ini. Mesin ini mampu membuat 500,000 gelen buih dalam masa seminit.

Saturday, April 16, 2011

Car Thief Nearly Crashes With Train


Ni video kejar mengejar yg berani mati oleh pencuri kereta di Peterborough, England. Video dirakam dari kereta polis yg mengejarnya dan kelihatan pencuri kereta Mercedes C180 merah, Terence Fowler, 20 bernasib baik apabila terlepas daripada bertembung dengan kereta api beberapa saat selepas dia merempuh lintasan kereta api yg telah ditutup itu. Tengok video ala2 fast & furious yg dramatik di dalam.

Miniature Books by Jozsef Tari


Jozsef Tari telah mula mengumpul buku mini sejak dari tahun 1972, dan kini beliau boleh berbangga dengan koleksi 4,500 buku mininya termasuklah sebuah buku terkecil di dunia (2.9 x 3.2 mm). Kebanyakkan buku koleksinya adalah bahasa Hungarian, tetapi dia juga ada beberapa buah buku dari US, Mexico, Canada, Australia, Indonesia dan Japan.

Tuesday, April 12, 2011

50th Anniversary of Yuri Gagarin's to the Space.


Kalau korang perasan, doodle kt google hari ini adalah gambar astronaut dengan sebuah roket yg berlepas ke angkasa. Doodle ini adalah sempena sambutan ulangtahun yg ke-50 untuk manusia yg pertama yg sampai di angkasa lepas, iaitu Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Dan pada 5 April lepas, Russia telah melancarkan ekspedisi ke ISS dengan menggunakan roket Soyuz-FG dan kapal Soyuz TMA-21 (dinamakan sempena Yuri Gagarin).

Sunday, April 10, 2011

Evil Fake Hard Drive


Aku tak tau nk gelak ke tak , tapi kalau benda ni jadi kt batang hidung sendiri memang hangin satu badan la kn. Btw ni ade kes cetak rompak tahap keji oleh penciplak dari negara china. Seorang lelaki telah membeli sebuah hard drive samsung 500gb dari sebuah kedai milik org chinese. Hard drive yg dijual dengan harga yg sangat murah itu telah dihantar ke pusat membaiki kerana data yg disimpan kerap kali hilang. Apabila hard drive itu dibuka, nampaknya mereka kini jelas punca masalah hard drive tersebut.

Thursday, April 7, 2011

Dog Owner Spends £20,000 on Britain's Most Expensive Pet Wedding

Besan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.

Ini adalah majlis perkahwinan yg luar biasa antara haiwan peliharaan milik Louise Harris dengan Bev Nicholson melibatkan kos pembelanjaan sekitar £20,000. Pada majlis itu, haiwan peliharaan Miss Harris iaitu anjing jenis Yorkshire Terrier, Lola dipadankan dengan gaun putih pengantin yg dihiasi 1800 bentuk kristal Swarovski dan rantai mutiara. Manakala pasangan Lola adalah Mugly, anjing dari jenis Chinese Crested yg segak mengenakan tuxedo sahaja.

Monday, April 4, 2011

Japanese Messi



Video “nine-year-old Japanese Messi” kini tersebar, dengan semua orang dari seluruh dunia mengagumi bakat baru ini yg mampu melepasi pemain lain dengan sangat mudah. Walaubagaimanapon, tiada maklumat lengkap tentang budak yg digelar "Messi Jepun" ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...