Tuesday, April 12, 2011

50th Anniversary of Yuri Gagarin's to the Space.


Kalau korang perasan, doodle kt google hari ini adalah gambar astronaut dengan sebuah roket yg berlepas ke angkasa. Doodle ini adalah sempena sambutan ulangtahun yg ke-50 untuk manusia yg pertama yg sampai di angkasa lepas, iaitu Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Dan pada 5 April lepas, Russia telah melancarkan ekspedisi ke ISS dengan menggunakan roket Soyuz-FG dan kapal Soyuz TMA-21 (dinamakan sempena Yuri Gagarin).


Roket ini dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, iaitu tempat yg sama pada 50 tahun lepas Yuri Gagarin berlepas ke angkasa. Ekspedisi kali ini melibatkan seorang astronaut Amerika, Ronald Garan dan 2 orang astronaut Russia, Alexander Samokutyaev dan Andrey Borisenko




















Ini adalah trailer filem "First Orbit" oleh Christopher Riley sempena ulangtahun ke-50 Yuri Gagarin ke angkasa lepas. Korang boleh layan filem ni secara online apabila ditayangkan tengah malam ini di sini.



Malaysia kne tunggu lagi 46 tahun kalau nk celebrate ulangtahun ke-50 Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa. Must need a strong patience eh.

[ENGLISHRUSSIA][CORE77]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...