Wednesday, April 13, 2011

The Gagarin Tourbillon Watch


Hari tu aku ade post pasal sambutan ulangtahun ke-50 Yuri Gagarin pergi ke angkasa lepas, rupa-rupanya Bernhard Lederer telah bersiap sedia dengan rekaan jam terbarunya iaitu Gagarin Tourbillion sebagai tribute kepada manusia pertama ke angkasa lepas itu. Rekaan jam ini diinspirasikan oleh kapsul angkasa lepas Gagarin, Vostok 3KA-2. Sementara tourbillion yg terbang mengorbit arah lawan jam selama 108 minit, jangka masa yg sama diambil oleh Yuri Gagarin untuk mengorbit bumi.

Jam ini adalah koleksi terhad dengan hanya 50 buah sahaja yg dihasilkan. Badannya dibuat dari 950 platinum, bersize 42mm lebar dan 15mm tebal. Terdapat juga ukiran mikro tentang perjalanan Gagarin di tengahnya, terdiri dari 264 komponen dan 35 batu permata. Sudah tentu harga jam ini sangat mahal.








Lepas tengok video jam ni, baru aku rasa betapa hebatnya rekaan jam Gagari ni. Terbaik.

[ABLOGTOREAD]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...