Friday, April 29, 2011

Island Of The Dolls: Mexico’s Creepiest Places


The Island of The Dolls (Isla de las Muñecas), terletak di perairan selatan Mexico, berdekatan dengan Xochimilco adalah tempat tarikan pelancong yg menyeramkan di Mexico. Cerita disebalik patung-patung ini bermula setengah abad yang lalu, dimana seorang budak perempuan mati lemas di sebuah pulau terpencil di Xochimico. Penduduk tetap di pulau itu hanyalah seorang petapa iaitu Don Julián Santana Barrera, yg meninggalkan isteri dan anaknya untuk tinggal bersendirian di pulau itu.

Selepas daripada kematian budak perempuan itu, Barrera telah terpancing anak patung dan peristiwa itu berterusan. Dia merasakan itu adalah isyarat dari semangat jahat, Don Julián Santana mula menggantung anak patung yg dipancingnya di pokok untuk melindungi dirinya daripada semangat jahat dan menenangkan roh budak perempuan itu. Dan tidak lama selepas itu, Don Julián telah menggantung anak patung itu di seluruh kawasan pulau.

Santana tidak membersihkan anak patung yg dijumpainya atau membetulkan anak patung yg rosak, dia menggantung anak patung itu dalam keadaan kotor dan anggota badan yg hilang. Walaupon anak patung itu dalam keadaan yg baik sekalipon, keadaan cuaca dalam jangka masa yg panjang telah membuatkan anak patung itu rosak dan mengerikan, seolah-olah mereka telah menderita penyakit dan dibiarkan begitu sahaja.

Don Julian Santana hidup selama 50 tahun diatas pulau itu sebelum mati pada tahun 2001. Dia dijumpai lemas di tempat yg sama budak perempuan itu mati.















Ini memang cerita yg menyeramkan, kalau buat movie mesti best.

[AMUSINGPLANET]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...