Thursday, March 31, 2011

Legoland Royal Wedding


Legoland Windsor telah membuat diorama lego majlis perkahwinan diraja antara Prince William dengan bakal isterinya Kate Middleton di istana Buckhingham. Turut kelihatan pada diorama lego ini adalah tetamu seperti Beckham, Victoria yg sarat mengandung, Elton John dan Sir Paul McCartney melengkapkan suasana perkahwinan lego itu. Windsor akan dibuka pada Jumaat ini untuk tontonan pelawat yg mahu merasai suasana perkahwinan diraja dalam versi lego.

Nike's Levitation Series


Untuk koleksi musim bunga dan musim panas 2011, Nike telah melancarkan kempen iklan baru iaitu "Be Free" oleh jurugambar seni dari Paris, Denis Darzacq dan pengarahnya Barnaby Roper. Kempen ini menunjukkan pakaian sukan dan kasut wanita begitu ringan dan selesa.

Metropol Parasol: The World’s Largest Wooden Structure


Metropol Parasol, terletak di Seville, Spain, baru sahaja membuka pintu untuk kunjungan orang awam dan ianya adalah struktur kayu paling besar di dunia.Tapak asal struktur ini pada asalnya adalah untuk garaj parkir, tetapi setelah penemuan artifak arkeologi ditemui di tapak ini, pihak bandaraya Seville memutuskan untuk membina muzium dan pusat komuniti pada tapak itu.

A Week of Coffee by Aron Tzimas


Aku tau ramai penggemar kopi di luar sana. Ada orang ckap kopi ni sama je fungsi macam rokok, boleh hilangkan stress dan mengantuk. Aku pon minat jugak minum kopi, tak kira la kopi mapley ke, warung ke, cafe ke, semua aku balun. Tapi aku tertarik dengan review kopi yg dibuat oleh Aron Tzimas dalam website beliau, Happy To Serve You. Beberapa cetakan gambar kopi dari Aron adalah untuk dijual dalam projeknya A Week Of Coffee.

The Mind-Blowing Book Carvings of Long Bin-Chen


Scluptor dari Taiwan, Long-Bin Chen menggunakan buku terpakai sebagai medium arca ukiran buku yg menakjubkan. Hasil kerjanya sangat halus dengan setiap arca kelihatan seperti diukir dari kayu atau batu.

Wednesday, March 30, 2011

Dogboarding?

Sejauh mana imaginasi korang kalau aku sebut "dogboarding"? Bagi Daniel Kwan and Daniel Scheinert, imaginasi mereka direalisasikan dengan penghasilan video yg genius ni. (Tiada haiwan yg tercedera semasa pembikinan video ini, harap maklum).


Aku harap korang tak buat betul2 aksi dogboarding ni kt anjing hidup, anjing mati, anjing kurap, anjing jiran atau anjing polis. Senang cite korang tgk je video ni diam2, pastu jgn buat ape2 ok!

[NEOTORAMA]

Amazing Sand Storm in Kuwait


Pada 25 Mac lalu, ibu kota Kuwait dikejutkan dengan ribut pasir secara tiba-tiba pada jam 6 ptg waktu tempatan. Pasir dan debu yg beterbangan di udara telah merendahkan jarak penglihatan kepada 10 meter dan bagi sesetengah tempat jarak penglihatan adalah 0 meter.

Handerpants: Underpants for Your Hand


Aku tak pasti apa kejadahnya fungsi Handerpants ni selain nk sarungkan tangan anda dengan spenda yg berlubang 5 dan membuat kerja rumah dengannya. WTF!

World's Most Expensive Rifle


Pembuat senapang dan pistol dari Sweden, VO Vapen telah mencipta sejarah dengan menghasilkan senapang memburu yg termahal di dunia. Senapang VO adalah buatan tangan oleh Master Gunsmith Viggo Olsson dan anaknya Gunsmith Ulf Olsso yg berharga $820,000. Wow!

3D Cartoon Sculptures


Korang pernah terbayang tak hidup dalam dunia komik? Namun, bagi Luke O'Sullivan, beliau mempunyai cara tersendiri untuk membawa dunia komik ke dunia realiti. Artis dari Boston ini menggunakan lukisan cetakkan skrin dan menampalnya di atas permukaan besi dan kayu untuk mencipta sclupter yg menakjubkan. Hasil kerjanya kelihatan seolah-olah lukisan komik vintage dalam versi 3D. Cool!

Fake Toilet Paper Roll for April Fool


Akhir bulan Mac ni, aku boleh jamin korang mesti da banyak idea untuk pedajal member sempena April Fool nanti. Kalau aku zaman sekolah menengah dulu, prank-prank ni jarang sangat la, selalu diorang buat pon baling belon air, buat bom asap kt dorm hostel, menyamar jadi hantu dan banyak lagi la. Tapi kali ni aku nk share sket prank yg simple tapi memberi kesan mendalam terhadap mangsa. Watch and learn.

Monday, March 28, 2011

Creative Life is Too Short Campaign


The Life Is Short adalah kempen iklan yg sangat kreatif dan original dari Scholz & Friends Berlin untuk laman web pencarian kerja, Jobs In Town. Kempen ini menggunakan tagline "Life is too short for bad employment.”

Rebecca Black Parody, Its Jumuah!

Korang mesti da familiar dan muak dengan lagu Friday oleh Rebecca Black yg sgt annoying tu kn. Btw jom kita layan pulak parody lagu tu versi Islam punye, It's Jumuah! Miswaking, Miswaking YEAH!



Festo's SmartBird Robot


Festo Bionic Learning Network, sebuah syarikat inovatif design dan gabungan universiti, institut dan syarikat pembangunan, memang terkenal denga ciptaan robotik mereka yg mengagumkan. Ini tidak terkecuali dengan ciptaan baru mereka iaitu SmartBird. Festo menggunakan burung camar sebagai model untuk mencipta burung robotik mereka dengan kepak sepanjang 2 meter panjang, memudahkan mereka mengawalnya ketika di udara.

Turntable Phonotrope


Kalau korang suka dengan video Cyclotrope yg aku pernah post aritu, korang mungkin suka dengan video turntable phonotrobe ni. Kolaborasi antara DJ Maclom Goldie dengan Institute of Contemporary Arts London, menghasilkan video zoetrope yg menarik ini.

Crazy Dance Party

Korang musykil macam mana orang bangla berparti? Aku harap video ni menjawab persoalan dalam minda korang tu. Enjoy!



Shaolin Soccer in Real Life


Korang ingat lagi tak movie komedi Shaolin Soccer arahan Stephen Chow, movie yg melampaui batas manusia dengan menggabungkan kung fu dengan permainan bola sepak. Percaya atau tidak, shoalin soccer juga wujud di dunia sebenar.

Sunday, March 27, 2011

The Vader Project

Darth Fink by David S. Krys


The Vader Project bergabung dengan 100 orang artis dan designer underground yg terbaik masa kini. Dari idea ringkas pada 2005 dan pameran yg mencatat rekod pada 2009, The Vader Project adalah acara tahunan yg dikendalikan oleh Dov Kelemer dan Sarah Jo Marks dari DKE Toys.

Amazing Walking Table by Wouter Scheublin


Menerusi mekanisme yg kompleks dari pengayuh dan penghubung diambil dari konsep platform berjalan Pafnuty Chebyshev, Wouter Scheublin telah mencipta meja berjalan yg merangkak sekitar dapur anda seperti serangga yg menyeramkan.

Peter Crawley’s Stitched Illustrations

Apabila dilihat dari jarak jauh, illustrasi dari Peter Crawley ini nampak biasa saja. Tetapi jika diteliti dari jarak dekat, anda pasti terpegun kerana illustrasi ini terhasil dari jahitan benang di atas kertas. Cool!

Peter Crawley, seorang product designer dari UK. Mula membuat illustrasi jahitan ini ketika mengembara di Amerika. Diinspirasikan dari garisan detail oleh cartography, Crawley telah mengaplikasikan teknik itu untuk membuat illustrasi yg bertemakan architecture, typography dan susunan geometric. 


Doctor A's Steampunk Doll

Doctor A adalah designer dari UK, mencipta illustrasi, sclupter dan patung yg berunsur neo-victorian atau steampunk. Ini adalah koleksi patung steampunk beliau yg sgt detail dan unik.

Tapi malangnya, semua koleksi patung steampunk ini tidak dijual. Kalau anda berminat dengan hasil kerja Doctor A, anda boleh dapatkan patung beliau yg lain di sini.

Amnesia Primm

Future First Person Shooter

Video ala-ala Counter Strike yg awesome dari Freddie Wong.



Lu memang terbaik la bro!

Spectacular Shots from the Sky


Ini adalah beberapa koleksi gambar yg menakjubkan dari Alex Maclean, pemandangan dari langit yg menunjukkan corak-corak tertentu yg terbentuk dari pokok, manusia, kereta, kapal terbang, dan bermacam lagi.

Saturday, March 26, 2011

Morning Glory Pool


Terletak di Yellowstone National Park, US, Kolam Morning Glory adalah salah satu keajaiban alam semula jadi di dunia ini. Kolam air panas ini dinamakan sempena nama bunga Morning Glory pada 1880 kerana kemiripan kolam dengan bunga yg terkenal itu.

Sarah Frost Paper Gun


Sarah Frost, artis dari St. Louis, Missouri telah membuka pameran solo beliau di P.P.O.W Gallery, NYC pada 14 April nanti. Pameran itu menunjukkan kreativiti Sarah dengan koleksi2 senjata api yg dibuat dari kertas.

Captain America : first trailer

nak view?????
click la read more!!!!!
haha

Thursday, March 24, 2011

Mysterious Black Cubes in Paris


DDB telah meletakkan sebuah kotak hitam di Paris yg menimbulkan misteri kepada pejalan kaki yg melalui kawasan itu. Apabila mereka menekan butang merah pada "Escape Machines" ini, kotak itu menanyakan tempat yg ingin kamu pergi, dan merealisasikan impian itu dengan letusan fantasi yg indah.

Rubik’s Cube Artworks by Cube Works


Menyelesaikan Rubik's Cube dah cukup menyusahkan, tapi membuat potret orang ternama dengan menggunakan berdozen Rubik's Cube bunyinya lebih sukar. Cube Works Studio dari Toronto adalah sekumpulan grafik designer dan penggemar permainan Rubik's Cube mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan koleksi potret Rubik’s Cube mereka. Ini mungkin bukan tujuan sebenar Erno Rubik mencipta permainan Rubik's Cube, tetapi dia mungkin gembira melihat permainan ciptaannya menjadi medium seni yg hebat ini.

Drew Beaumier The Transformer Man


Ini adalah Drew Beaumier, Lelaki Transformer yg pernah memeriahkan sesi uji bakat American Idol dengan kostum transformer-nya sambil menyanyikan lagu 'Born to be wild'. Lelaki berusia 25 tahun dari California ini adalah peminat setia Transformer dan mempunyai bakat mencipta kostum transformer yg berfungsi penuh.

Wednesday, March 23, 2011

April's Confession

World Record Shallow Dive into Paddling Pool


Seorang professor dari Trondheim, Norway yg dikenali dengan gelaran 'Professor Splash' telah memecahkan rekod terjunan air cetek paling tinggi didunia. Darren Taylor, berpengalaman lebih 25 tahun dalam sukan ini membuat terjunan pada ketinggian 35ft (10.668m) dan mendarat di dalam kolam kanak-kanak yg hanya 12 inci dalam.

Pantless Wushu Master


Kejadian macam ni aku tak pernah tengok terjadi kt Bruce Lee, mungkin kerana getah seluar dia selalu dalam keadaan ketat. Tapi tidak pada Keenan Stone. Peserta acara wushu UCLA Collegiate Tournament ini mengalami pengalaman paling memalukan apabila seluarnya terlucut semasa membuat persembahan wushu dalam acara tersebut. Walaubagaimanapon, Stone tetap meneruskan pertandingan hanya dengan memakai boxer sahaja. WTF!

360-degree Swing Set Jetpack

Bermain buaian dengan memakai jetpack untuk membuat pusingan 360 darjah nampak macam mengarut. Tapi itu tidak menghalang pengacara rancangan Bang Goes The Theory, Jem Stansfield untuk mencubanya sendiri.



Aku tak tau ape motif dia buat macam tu, nmpak macam mythbuster pon ade jugak. Nasib baik pengacara tu tak melayang, tapi macam best pulak kalau dapat buat 360 ni seround dua kn HEHE

[THEAWESOMER]

Toothbrush + Toothpaste = Twist&Brush


Idea brilliant dari Kawamura Ganjavian, seorang designer dari Spain. Konsep berus gigi yg direka bersama dengan ubat gigi bina dalam. Konsep yg diberi nama Twist&Brush ini menggabungkan 2 benda yg saling bergantungan iaitu ubat gigi dan berus gigi dalam satu pakej yg menarik.

The Iconic Album Covers in Lego


Artis British, Aaron Savage suka mendengar muzik dan juga permainan lego. Dia telah mencipta semula banyak cover album dari artis/band yg terkenal dengan bantuan permainan kanak-kanak ini.

Amazing Pictures Of Dutch Flower Fields


Musim bunga telah tiba untuk negara yg mempunyai 4 musim dan ini menjadikan Netherland salah satu tarikan utama pelancong disebabkan negara mereka yg terkenal dengan taman bunga yg indah.

Tuesday, March 22, 2011

Tali Pinggang Keselamatan


Well, aku tak tau pulak seat belt ade kegunaan lain mcm ni HAHA

[ORANGKELAKAR]

Monday, March 21, 2011

Water Kills by BDDP


Sempena Hari Air Sedunia pada 22 March ini, agensi dari France, BDDP baru saja menandatangani salah satu video yang paling menakjubkan yang pernah kita lihat. Pengkaji mendedahkan bahawa air yg tidak boleh diminum adalah penyebab kematian No.1 di dunia. Tapi tidak ada yang tahu tentang hal ini. Dengan video ini, BDDP dan Solidarité International (persatuan), mengingatkan journalist tentang kes ini, "Air membunuh berjuta-juta orang dalam diam. Tapi untuk mendedahkannya, kita hanya perlu beberapa titik dakwat".

The Legendary Miror of The Sky - Salar de Uyuni - Sea of Salt


Ini adalah dataran garam terbesar di dunia dan menjadi salah satu cermin terbesar di Bumi ketika ditutupi dengan air. Salar de Uyuni (atau Salar de Tunupa, Uyuni Salt Flat), cermin legenda langit, ia juga adalah dataran garam tertinggi di dunia pada ketinggian 3.656 meter (11.995 kaki) di atas permukaan laut, yang terletak di Bolivia barat daya di puncak Andes. Dataran garam Uyuni adalah kolam air masin dan ditutupi oleh beberapa meter kerak garam, meliputi seluas 10.582 kilometer persegi, kira-kira 250 km dari timur ke barat dan 100 km dari utara ke selatan. Cermin besar indah ini sangat kaya dengan lithium dan mengandungi 50 hingga 70% dari simpanan lithium dunia.

Angry Birds Papercraft


Angry Birds versi papercraft dari Little Plastic Man yg comel dan mudah untuk dibuat. Jom download template papercraft yg awesome ni.

Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya 2011


Pada 17 hingga 20 March 2011, langit Precinct 2, Putrajaya telah dipenuhi oleh belon-belon panas sempena Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2011. Disertai oleh 20 penyertaan dari 13 buah negara termasuk penyertaan pertama kali dari Vietnam, Hong Kong dan India mengambil bahagian dalam acara ini yg bertemakan 1 World, 1 Malaysia and 1 Fiesta. Jom usha kemeriahan fiesta ni.

Supermoon

hipydeus


Pada 19 March lalu, kedudukan bulan adalah 356,575 km dari bumi dan jarak ini adalah yg paling dekat dalam 20 tahun. Bulan muncul dengan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah dari biasa. Fenomena ini terjadi kerana orbit bulan yg mengelilingi bumi berbentuk bujur dan bukannya bulat.  Jom kita usha gambar-gambar supermoon yg dirakam oleh user flickr.

Sunday, March 20, 2011

Anna Marinenko’s Japan Clock


Anna Marinenko, designer 3D modelling yg berbakat dari Ukraine telah mencipta tribute untuk Jepun iaitu sebuah "Japan Clock".

Mike Tyson's Sure-Fire Cure for Angry Birds Addiction

Bagi anda semua yang ketagih dgn game angry bird ni kat sini ada promo camne nk mengatasi ketagihan tersebut...hehehe



btw Mike Tyson bergaya chomel dalam klip ni...hehehe

[YOUTUBE] via [IGN]

Saturday, March 19, 2011

Guy Tries Beating His Girlfriend

Ni kejadian sebenar berlaku. Sepasang kekasih yg x secocok bergaduh dan si boyfriend nk pukul si girlfriend yg comel tu. Jom kite skodeng.



OMG! HAHA

Mud Man by Alejandro Maestre Gasteazi


Alejandro Maestre Gasteazi telah mencipta suatu siri imej yg sangat menarik tentang perjuangan seorang artis. Mungkin anda tertanya-tanya adakah ini sclupter atau illusi optik?

Legend of Iron Builds Transformer Army


Korang ingt lagi tak pasal Megatron Tank yg penah aku post suatu ketika dulu? Kalau korang nk tau, megatron tank tu bukan projek pertama replika transformer dari "Legend of Iron", mereka telah membina beberapa replika transformer yg diperbuat dari besi terbuang.

11 The Game, Luxury Foosball Table


"11" adalah meja bola sepak mewah untuk peminat sukan no1 di dunia ini. Setelah setahun dalam perancangan dan pembangunan, kini ianya telah dipasarkan dalam jumlah yg terhad.

Amazing Water Explosions

BBC baru-baru ni tampil dengan rancangan baru mereka iaitu Everything & Nothing, rancangan yg merungkai sains alam cakerawala oleh Professor Jim Al-Khalili. Sempena dengan rancangan ini, mereka telah merakam letupan dalam air sebagai salah satu projek mereka yg berkaitan dengan teori Big Bang. Jom usha letupan dalam air versi slow motion.



Pehhh, rare view ni. Bukan senang dapat tgk letupan dalam air mcm ni.

[GIZMODO]

Friday, March 18, 2011

This Is How They Do To Quit Smoking

Macam mana nk benti mrokok???? Begini caranya!!!
Hissap 10 batang..
settle je korg minum jus bawang putih+tembakau....nice!!!!

Wednesday, March 16, 2011

DISASTER RELIEF ON FACEBOOK


Gempa bumi 8.9 magnitud yang melanda pantai Jepun Jumaat lalu adalah gempa bumi yang paling teruk dalam sejarah Jepun. Gempa bumi tersebut telah menyebabkan tsunami melanda banyak bandar pesisir utara Jepun, mencipta krisis nuklear dan mencetuskan amaran tsunami sejauh Hawaii dan California.

Sementara itu banyak tindak balas terhadap bencana yg melanda Jepun di Twitter, dan yang lain membuat perbualan di Facebook. Rangkaian sosial mendapati sebanyak 4.5 juta update status dari 3.8 juta pengguna di seluruh dunia pada tarikh 11 Mac yang menyebut "Jepun," "gempa bumi" atau "tsunami." Animasi ini menunjukkan pertambahan 10 titik dalam setiap masa yg berbeza. Ini menunjukkan bagaiman rangkaian sosial berhubung dan berkongsi maklumat dari jarak yg jauh dalam jangka masa yg singkat.

[MASHABLE]

Drill Powered Pencil Sharpener


C.H. Hanson adalah pengeluar sharpener yg dikuasakan oleh mesin penggerudi pertama didunia iaitu Pro-Sharp™ Finishing Pencil Carpenter. Mengasah pensil anda dengan cepat pada kadar 144 batang pensil kurang dari 15 minit. WTF!

Street Fighter Too IRL

Sebelum ni aku pernah post pasal Street Fighter IV Ultra Combos IRL Part 1 dan Part 2 yg cool, tapi kali ni Sneakyzebra pulak muncul dengan video Street Fighter Too IRL yg berkonsepkan old skool street fighter style. Nice!



Kenapa xde orang nk buat KOF versi IRL? Sedih aku.

[BUZZFEED]

The Cyclotrope: Amazing Bicycle Wheel Animation


Korang penah dengar Zoetrope? Well ini adalah contoh terbaik zoetrope yg menggunakan roda basikal. Yep, sebab tu nama video ni cyclotrope. Dengan menggunakan 18 imej yg ditampal pada roda basikal tu, apabila diputar pada kelajuan tertentu, imej tersebut mula membentuk animasi yg menakjubkan. Jom usha video cylotrope ni.

Real Steel Trailer


Kepada peminat Transformer, korang mesti excited nk tgk transformer 3 bulan July nanti kn. Btw, lepas tgk trailer Real Steel ni, aku rasa korang pon patut layan movie ni, Transformer versi smackdown. Nice!

3D Carvings Money by Scott Campbell


Artis tattoo Scott Campbell mempunyai bakat yg pelbagai: baru-baru ini dia telah membuat ukiran 3D pada wang kertas menggunakan laser. Ukirannya banyak bercirikan simbol-simbol tatu tradisional seperti: tengkorak, seni keagamaan, pistol, bunga ros.

Transgender “Thailand’s Got Talent” Contestant Surprises Judges, You



Aku tak expect dia buat macam tu WTF!

[BUZZDFEED]

Tuesday, March 15, 2011

Amazing Shoal of Fish in Mexico


Pada 11 March di resort Acapulco Mexico, sekumpulan ikan dalam jumlah yg besar dilihat muncul berdekatan pantai. Nelayan tempatan beranggapan kejadian ini mungkin disebabkan tsunami yg melanda Jepun baru-baru ini.

Evomouse: The evolution of the mouse


Celluan telah membina mouse jenis baru, Evomouse yg membaca pergerakan jari sebagai mouse commands.  Selain pergerakan pointer yg biasa, evomouse juga mempunyai fungsi zoom, scrool, drag dan rotate dengan menggunakan pergerakan jari yg fancy. It's quite cool.

Lady Gaga - Born This Way (NYC)



Well, aku tak tau la Steve Kardynal terlalu obses dengan lady gaga atau sengaja nk menganjing penyanyi super pelik tu. Btw this video is epic! Jom layan Lady Gaga dengan lagunya Born This Way versi NYC haired guy HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...