Tuesday, March 8, 2011

Elfoid: Humanoid Mobile Phone


Pengkaji dari Universiti Osaka Japan telah bekerjasama dengan NTT DoCoMo dan Qualcomm untuk mencipta Elfoid, telefon bimbit berbentuk manusia. Elfoid adalah versi model mini kepada Telenoid R1 yg dibina pada tahun lepas diketuai oleh Hiroshi Ishiguro, prof Universiti Osaka.



Prototaip Elfoid ini berukuran 20cm dan diselaputi dengan kulit urethane yg lembut. Butang kawalan terletak di bahagian dada prototaip ini dan mengeluarkan cahaya hijau apabila digunakan.

Dr. Ishiguro bersama Telenoid dan Elfoid

Dilengkapi dengan kamera dan motion-capture system, Elfoid boleh melihat wajah pengguna dan menghantar data pergerakkan wajah kepada Elfoid lain, dimana Elfoid yg menerima data tersebut akan menghasilkan ekspresi wajah orang yg dihubungi.


Prototaip Elfoid sekarang tidak boleh bergerak, tetapi untuk model akan datang Elfoid boleh menggerakkan mata, mulut, leher dan bahunya. Pihak pembina berharap dapat menghasilkan Elfoid yg berfungsi sepenuhnya dalam jangka masa 5 tahun lagi.

Pehh, agak gila la idea diorang ni, da mcm patung voodoo je aku tgk tp yg versi comel la HEHE

[DESIGNBOOM][PINKTENTACLE]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...