Akhir bulan Mac ni, aku boleh jamin korang mesti da banyak idea untuk pedajal member sempena April Fool nanti. Kalau aku zaman sekolah menengah dulu, prank-prank ni jarang sangat la, selalu diorang buat pon baling belon air, buat bom asap kt dorm hostel, menyamar jadi hantu dan banyak lagi la. Tapi kali ni aku nk share sket prank yg simple tapi memberi kesan mendalam terhadap mangsa. Watch and learn.
Langkah 1
Ape yg mula-mula korang kena buat adalah kumpulkan barang2 yg diperlukan untuk menjayakan misi prank ni. Antara barang2nya ialah:
- tiub tisu jamban yg da habis.
- tisu jamban yg masi baru (sebagai bahan rujukan)
- cardboard, manila kad pon bedal je.
- glue stick (atau double-sided tape)
- scotch tape
- gunting atau pisau lipat
Langkah 2
Selepas siap dengan disk tisu jamban tu, gunting cardboard(1) anda mengikut panjang tiub tisu tandas(2) dan sedikit lebih panjang dari ukuran lilitan disk tisu tandas(3) tersebut. (aku harap korang paham)
Lekatkan disk dengan tiub tisu tandas itu dengan beberapa keping tape pelekat.
Lekatkan pula cardboard(1) di keliling disk tisu tandas. (Jangan tampal tape pelekat menutupi sepanjang lilitan disk itu, tinggalkan bahagian hujung untuk membuat ruang)
Tinggalkan sedikit ruang seperti dalam bulatan pada rajah diatas. Di sinilah mesej April Fool anda akan ditarik keluar.
Langkah 3
Gunting cardboard mengikut ukuran tisu jamban yg sebenar dan sediakan tisu jamban sebagai contoh.
Lekatkan cardboard yg telah dipotong tadi di atas tisu jamban yg sebenar, tetapi tinggalkan sedikit bahagian tisu jamban di bahagian hujung.
Bahagian tisu jamban yg ditinggalkan tadi dilipat menutupi cardboard. Jadi kedua2 permukaan cardboard ini telah ditutupi dengan tisu. Kemudian tulis mesej di bahagian cardboard yg tinggal.
Langkah 4
Masukkan mesej yg korang da tulis tadi di ruang roll tisu jamban yg korang sediakan awal tadi.
Tutup bahagian roll yg terbuka dengan disk lagi satu. Kemudian tampalkan 1 atau 2 lapisan tisu di permukaan roll sebagai penyamaran.
Sekarang, roll yg korang da buat tadi sepatutnya kelihatan lebih kurang dengan rool tisu tandas yg real.
Siap!
Sekarang korang da siap buat tisu jamban prank ni. Memandangkan kita tinggal di Malaysia, bermakna kebanyakkan jamban kt rumah korang mesti ade paip kn, kalau xde paip lagi bagus untuk prank ni. So aku nasihatkan korang prepare awal2 tutup paip jamban rumah korang untuk menjayakan prank ni. So gud luck!
[INSTRUCTABLES]
No comments:
Post a Comment