Wednesday, April 27, 2011

Friendster To Erase All User Photos, Blogs And More On May 31


Sebelum Myspace dan Facebook, Friendster telah mula menjadi laman sosial sejak dari tahun 2002 lagi. Berjaya mengumpulkan seramai 10 juta pengguna dan pendapatan menghampiri $50 juta, kini akhirnya Friendster menyerah kalah dengan fenomena yg dibawakan oleh Facebook. Friendster akan memadamkan semua maklumat yg berkaitan dengan penggunanya pada 31 May nanti. Oleh itu, Friendster telah menyediakan aplikasi ‘Friendster Exporter’ untuk memuat turun atau export info, gambar, senarai rakan, komen, mesej dan lain-lain.


Walaubagaimanapon, pemegang akaun Friendster tetap akan dikekalkan bersama senarai rakan, rekod permainan dan info. Ini kerana, Friendster akan membuat perubahan dengan fokus mereka adalah "hiburan dan keseronokan", menjadikan mereka sebagai laman permainan dan muzik. Friendster yg baru akan mula beroperasi dalam beberapa minggu lagi dan fokus utama mereka adalah pengguna di Asia.


Kesian Friendster, dulu masa aku sekolah, benda ni la modal aku nk cari awek HEHE. Lepas masuk form 5 baru main myspace pulak. Tapi apa yg aku perasan, awek yg pakai tudung alim-alim semua pakat main friendster, awek yg hot-hot lepak kt myspace. Apapasal?

[TECHCRUNCH]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...