Sunday, April 10, 2011

Futuristic Project Superbus


Beberapa tahun lepas, kebanyakkan orang susah untuk percaya yg superbus ini akan menjadi projek realiti dalam masa terdekat. Kini syarikat astronaut pertama dari Netherland, Wubbo Ockels telah merekabentuk dan mengeluarkan prototaip superbus yg futuristik ini.


Superbus yg dikuasakan oleh elektrik ini boleh memuatkan 23 orang penumpang dengan menggunakan enjin 300kw dan beberapa bateri lithium-ion yg membuatkannya mesra alam dan mampu mencapai kelajuan 155 kmph. Badan kenderaan ini diperbuat daripada carbon fiber dan fiberglass keseluruhannya.

Penumpang boleh merasai khidmat Superbus yg mewah ini di Dubai dan Abu Dhabi tidak lama lagi. Projek ini adalah idea dari TU Delft University of Technology in Holland. Superbus ini bakal menyelesaikan masalah seperti pencemaran, kesesakan lalu lintas dan keselamatan dalam kelajuan yg tinggi.








Pehh, memang gempak la superbus ni, da macam naik roket atas darat je. Baik bagi nama rocketbus je HEHE

[BORNRICH]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...