Friday, April 29, 2011

Inspiration Inside Facebook HQ


Hasil seni merupakan sumber inspirasi yg bagus kepada kita, tidak kira dalam bidang kerjaya dan cara hidup apa sekalipon. Begitulah apa yg telah dipraktikkan oleh pejabat utama Facebook di Palo Alto. Ruang pejabat ini dihiasi dengan berbagai hasil seni, poster, dan nama pejabat yg lucu. Bahagian dinding pejabat Facebook juga adalah bebas untuk diconteng kepada para pekerja dan juga pelawat. Kaedah ini jelas menimbulkan suasana kerja yg ceria dan mampu meningkatkan daya kreatif para pekerja di situ.

El Clásico: Animated

Seperti yg korang sedia maklum, El Clasico pagi khamis haritu Barcelon menang 2-0 dengan Real Madrid. Kepada fan Barcelona, sempena dengan kemenangan tu, jom layan video animasi El Clasico yg dibuat oleh Richard Swarbrick untuk Sky Sports. Enjoy!



Aku rasa ni video yg Barca menang 6-0 dengan Real Madrid kot.

[THEHIGHDEFINITE]

Island Of The Dolls: Mexico’s Creepiest Places


The Island of The Dolls (Isla de las Muñecas), terletak di perairan selatan Mexico, berdekatan dengan Xochimilco adalah tempat tarikan pelancong yg menyeramkan di Mexico. Cerita disebalik patung-patung ini bermula setengah abad yang lalu, dimana seorang budak perempuan mati lemas di sebuah pulau terpencil di Xochimico. Penduduk tetap di pulau itu hanyalah seorang petapa iaitu Don Julián Santana Barrera, yg meninggalkan isteri dan anaknya untuk tinggal bersendirian di pulau itu.

Bio Robot Concept Refrigerator


Konsep peti sejuk masa depan oleh designer Yuriy Dmitriev ternyata melampaui teknologi masa kini. Dengan idea beliau yg menggunakan gel biopolimer sebagai medium penyimpan makanan. Gel yg tidak melekit ini akan membentuk lingkaran yg akan mengasingkan setiap makanan yg disimpan. Konsep peti sejuk ini tidak mempunyai pintu seperti peti sejuk yg biasa dan suhu makanan yg disimpan akan dikawal oleh bio-robot.

Thursday, April 28, 2011

Mac vs. PC Users: Who Are They Really?

Bila bercakap pasal komputer, semua orang tau mengenai permusuhan dan perbezaan yg dibawakan oleh 2 pengeluar utama sistem operasi komputer iaitu Microsoft dan Apple. Jika dilihat dari produk mereka, terdapat beberapa perbezaan dan ciri-ciri tersendiri setiap jenama. Tetapi adakah anda tahu pangguna Microsoft dan Apple juga terdiri daripada beberapa kelas tertentu? Kaji selidik yg dibuat oleh Hunch.Com telah merekodkan beberapa karakter yg tipikal bagi setiap platform dan infografik yg menarik dari Column 5 Media mungkin membantu anda memahami senario ini.

Closet Graffiti by Decktwo


Bosan dengan tandas anda yg terlalu simple tanpa sebarang elemen dekoratif, cuba idea dari Decktwo ini. Beliau mencorakkan tandas dengan tag graffiti dari berbagai warna yg menonjol dan idea grafik yg abstrak. Mungkin anda akan sedikit keliru dengan corak dinding, sinki, mangkuk tandas yg sama. Btw, its totally cool.

Sosia Sofa: Cozy Convertible Couches


Sofa Sosia yg kontemporari, selesa dan boleh diubah bentuk hasil rekaan syarikat furniture Italy, Campeggi adalah sofa yg sempurna kepada anda yg mudah bosan. Direka oleh designer dari Milan, Emanuele Magini, sofa 2 tempat duduk ini boleh berubah bentuk dengan sarung fabrik yg fleksible untuk dipadankan dengan susunan sofa yg pelbagai. Dari sofa, kerusi malas, sofa berbentuk L, kerusi menghadap muka, kerusi tidur hinggalah kepada tempat menukar pakaian, sofa Sosia ternyata banyak fungsinya.

The Last Pristine Fishmen on Earth


Jepun adalah negara yg mempunyai kelengkapan nelayan termaju di dunia, ini termasuklah peralatan moden untuk menangkap ikan yg besar seperti jerung dan paus. Tetapi lain pula ceritanya di sebuah pulau kecil di Indonesia, Lembata. Penduduk di pulau ini masih mengamalkan teknik menangkap ikan kuno dengan menggunakan peralatan seperti zaman batu dan sampan kecil untuk menangkap paus dan jerung. Mereka adalah "pristine fishermen" yg terakhir di dunia ini.

Wednesday, April 27, 2011

Evil Fake iPhone


Seorang lelaki telah membeli sebuah iPhone tiruan yg murah di sebuah kedai elektronik milik warganegara China. Jurujual itu memberitahu bahawa iPhone itu telah kehabisan bateri dan hanya boleh dicas semula dirumah. Lelaki itu kemudain pulang dan cuba mengecas Iphone tersebut tetapi tiada hasil. Apabila dia membuka iPhone tersebut, dia begitu terkejut kerana..........

Dog vs Duck

Aku tak tau kenapa, tapi memang kelakar tengok anjing kne kacau dengan anak itik HAHA

Pizza Consumption Around The World


Ini adalah infographic berkaitan pizza di seluruh dunia khas untuk penggemar pizza yang membaca Goblog. Jom makan pizza!

X-Men Costume Evolutions


X-Men telah diperkenalkan pada tahun 1963, dan sejak dari itu banyak siri X-Men telah dikeluarkan daripada komik, kartun sehinggalah movie. Dan sejak dari itu, karakter X-men juga mengalami evolusi dari segi pemakaian mereka. Ini adalah koleksi Marvel Variant Cover X-Men: Evolution yg menampilkan evolusi kostum karakter X-Men dari awal hinggalah sekarang. Enjoy!

Friendster To Erase All User Photos, Blogs And More On May 31


Sebelum Myspace dan Facebook, Friendster telah mula menjadi laman sosial sejak dari tahun 2002 lagi. Berjaya mengumpulkan seramai 10 juta pengguna dan pendapatan menghampiri $50 juta, kini akhirnya Friendster menyerah kalah dengan fenomena yg dibawakan oleh Facebook. Friendster akan memadamkan semua maklumat yg berkaitan dengan penggunanya pada 31 May nanti. Oleh itu, Friendster telah menyediakan aplikasi ‘Friendster Exporter’ untuk memuat turun atau export info, gambar, senarai rakan, komen, mesej dan lain-lain.

Tuesday, April 26, 2011

Amazing Animal Armor

15th Century Maximilian Rat

Permusuhan antara kucing dan tikus telah memberi inspirasi kepada artis dari Kanada, Jeff de Boer untuk menghasilkan sclupture baju pelindung untuk kedua-dua haiwan ini. Koleksi baju pelindung Jeff de Boer telah diadaptasi dari sejarah manusia dari gladiator, medieval knights hinggalah ke samurai. Untuk menyiapkan baju pelindug tikus, Jeff de Boer memerlukan 10 - 40 jam, manakala baju pelindung kucing pula mengambil masa 50 - 100 jam. Dibuat dari material seperti perak, gangsa, dan kayu, sclupture ini bernilai dari $500 hingga $2000 setiap satu.

Realistic Pencil Drawing By Randy Atwood


Apa yg anda lihat ini bukanlah hasil editing photoshop atau sebarang grafik bantuan janaan komputer, tetapi adalah lukisan pensel oleh artis tradisional, Randy Atwood. Artis yg berusia 21 tahun dari US ini hanya mengenakan komisyen yg rendah untuk sebarang permintaan melukis potret. He's simply talented and amazing. Jom usha koleksi potret selebriti terkenal hasil lukisan Randy Atwood di dalam.

Storm Trooper's Desktop


Grafik Designer, Matt Chase telah menunjukkan kepada kita bagaimana rupa desktop Storm Troopers jika menggunakan komputer dan menghantar email seperti kita semua. Nice!

Monday, April 25, 2011

National Tasty Flags


Illustrasi bendera dari makanan ini adalah salah satu cara promosi yg dilakukan oleh Sydney International Food Festival. Setiap bendera dihasilkan dari makanan yg melambangkan negara masing-masing, dengan bendera Greece dari black olives, India dari kari, South Korea dari kimbap dan lain-lain. Yummy!

Amazing 100 000 Toothpicks Sclupture By Scott Weaver


Masterpiece dari Scott Weaver yg mengambil masa 35 tahun untuk disiapkan adalah sangat menakjubkan. Sclupture yg menggambarkan tempat- tempat menarik dan bersejarah di San Francissco ini digelar "Rolling through the Bay", menggunakan 100,000 batang pencungkil gigi yg didapatinya dari serata dunia. Masterpiece Scott Weaver ini akan dipamerkan di Tinkering Studio sehingga akhir June ini.

Sunday, April 24, 2011

TV Reporter Snot Fail

Saphia Khambalia dari City TV sedang membuat liputan tentang persembahan Charlie Sheen di Toronto. Tetapi atas dasar dedikasinya terhadap kerja, dia tetap meneruskan liputan walaupon.......



WTFUUUUUUU

Really Cool Metal Gear Solid's Grey Fox Cosplay


Ini mungkin adalah cosplay yg terbaik dari siri Metal Gear Solid. Kostum ninja siber, Grey Fox yg muncul dalam siri pertama Metal Gear Solid dibuat oleh cosplayer professional dari Jepun yg dikenali sebagai OMI. OMG, this is so cool. Banyak lagi gambar cosplay Grey Fox yg cun didalam.

Egg Prank Double Fail

Selalu aku bagi video prank yg berjaya je kan. Kali ni korang tengok pulak macam mana kalau prank yg korang nk buat tu kne kt batang hidung sendiri HAHA
Btw, its combo fail. Damn!



Amacam, nice tak HAHA

Classic Car Photography by Ken Brown


Kepada peminat kereta lama atau klasik, koleksi gambar-gambar yg diambil oleh Ken Brown ni mesti akan membuatkan anda tidak tidur malam. Dengan teknik pencahayaan yg teliti dan berhati-hati, Brown dengan jayanya mengimbangi bayang gelap tanpa melenyapkan kecantikan susuk tubuh kereta lama ini. Hasil kerjanya merangkumi kereta yg terkenal dari tahun 30-an ke 60-an. Nice touch Brown.

Water Changes Everything


Motion graphic dari Charity Water mengingatkan kita yg berbillion orang hidup tanpa bekalan air bersih. Oleh itu aku suggest korang tengok motion graphic ini untuk kesedaran bersama betapa pentingnya air. Membazir kan amalan syaiton HEHE. Lihat video didalam.

Enrique Gomez Taxidermied Imaginary Creatures


Ini adalah koleksi taxidermy yg bizarre dari Enrique Gomez de Molina. Dia membuat sclupture haiwan hibrid dari pelbagai gabungan haiwan yg membentuk haiwan fantasi. Hasil kerja Enrique Gomez de Molina sangat kemas, sehingga sclupture taxidermy yg dibuatnya kelihatan hidup.

Saturday, April 23, 2011

What if you lived at IKEA?


Aku tau korang pernah pergi Ikea semata-mata nk makan meatball kn? Tapi apa yg dilakukan oleh photographer Christian Gideon di Ikea adalah sangat kreatif. Beliau bersama rakannya telah merakamkan gambar seolah-olah mereka tinggal di dalam Ikea. Cool!

Astonishingly Detailed Papercraft Audi A7


Sempena promosi untuk Audi, designer Taras Lesko telah membina model kertas berskala Audi A7. Tugas ini memerlukan 285 helai kertas untuk mencipta 750 komponen bahagian kereta dalam masa 245 jam. Model kertas Audi A7 kini dipamerkan di New York auto show 2011. Amazing! Jom layan video time lapse Taras Lesko buat model kertas yg super duper cool ni.

Atop the World’s Tallest Building

Apa nk buat kalau ada 10k untuk dibazirkan? Try la ikut idea 3 orang brader yg berjiwa kental ni. Mereka sanggup membayar 10k seorang semata-mata untuk duduk diatas puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa selama 10 minit. WTF!



Kalau ade orang bayar 10k kt aku suruh naik puncak Burj Khalifa ni pon aku tak sanggup HAHA

Friday, April 22, 2011

Super Mario Proposal

Sebelum ni aku pernah post pasal proposal paling geeky sekali iaitu pokeball ring proposal. Mungkin Silva ingin mencabar tahap kegeekyan itu dengan membuat proposal tehadap kekasihnya dengan bertemakan Super Mario. Dork are sweet too you know.



Aku nk buat proposal style Angry Bird la HAHA

[BUZZFEED]

Thursday, April 21, 2011

Heike Weber Installations


Artis German, Heike Weber menggunakan berdozen permanent marker untuk mengubah ruang kosong yg membosankan kepada persekitaran 3 dimensi yg menakjubkan. Artis ini mula menconteng diatas kertas sahaja, dan kini beliau mula menconteng lantai, dinding dan ceilling dengan permenant marker sebagai hasil seninya. Kesabaran Weber mengulang corak contengan yg sama dan mencipta visual 3 dimensi menjadikannya sebagai seorang artis yg hebat.

Masturbation Facts and Statistics

Ni ade sedikit informasi kepada yg dah plan nk fap malam ni, wa suggest lu bace dulu infographic ni HAHA

Wednesday, April 20, 2011

Star Wars Parody of Rebecca Black's "Friday"

Teddie Films telah mengeluarkan video parody Star Wars lagu Friday oleh Rebecca Black. Parody terbaik aku rasa untuk lagu Friday ni. Lolsome

Futuristic Igloo


Apa yg korang lihat ini adalah sebuah bilik di Barin Sky Resort, Shemshak, Iran. Bilik yg direka oleh RYRA Studio ini diinspirasikan oleh rekabentuk igloo dan garisan beralun gunung. Bilik resort untuk peminat sukan ski ini juga dilengkapi dengan skylight, memberikan pencahayaan semulajadi kepada ruang bilik yg serba putih. Setiap bilik di resort ini memberikan rasa dingin dan setiap lapisan pada dinding yg berbentuk kubah mengingatkan pengunjung tentang keseronokan berski di luar.

Dead Alien Found in Russia


Anda percaya dengan kewujudan UFO dan alien? Bagi aku, aku susah nk percaya dengan kewujudan alien sebab aku tak pernah nampak sendiri. Btw, ini ada video dimana 2 orang lelaki telah menjumpai bangkai alien di Irkutsk, Russia. Rakaman menunjukkan bangkai alien itu masih baru dan sebelah kakinya telah hilang separuh. Samada betul atau tak video ni aku tak jamin, sebab macam2 komen yg aku dah baca, ada yg mengatakan video ini betul dan sebaliknya. Jom usha video didalam.

Tuesday, April 19, 2011

The Biggest Popcorn Box in The World


Cineplexx dan Avenue Mall Osijek, Osijek, Croatia, hari ini mencatat rekod didalam Guinness World of Records apabila membuat kotak popcorn terbesar di dunia. Acara ini diadakan di luar pintu masuk utama Avenue Mall Osijek. Untuk mencatat rekod itu, Cineplex menyediakan 2.8 tan popcorn yg akan diisi didalam kotak yg berketinggian 5.37 meter dan 2.5 - 3.5 meter lebar (52 000 liter isipadu). Selepas setengah jam membuat ukuran, wakil dari Guinness World Records, Tarik Vara menyerahkan sijil pengiktirafan kepada pihak penganjur sebagai bukti pemegang rekod kotak popcorn terbesar didunia.

Bos Cuti


Kalau dapat bos macam ni masak la HAHA. Jom layan komik alifstyle yg kelakar kt sini.

[ORANGKELAKAR]

Incredible Wood Scraps Scluptures by Ron van der Ende


Hasil kerja Ron van der Ende sangat mengagumkan jika anda mengetahui bagaimana dia mengumpulkan cebisan kayu lama mengikut warna yg diperlukan bagi menghasilkan arca kayu ini. Artis visual dari Netherland ini akan mengumpulkan cebisan kayu yg dirasakan berguna di kawasan pembuangan sampah di Rotterdam. Jika warna cebisan kayu yg dicarinya tiada, Ron van der Ende akan ke kedai sebuah gudang di Rotterdam yg menyimpan lebih 7,000 buah pintu lama untuk mencari cebisan yg dimahukannya.

Monday, April 18, 2011

Head Banging Dog



Mungkin sebab ni kenapa orang selalu cakap "dog is the best friend of men." HAHA btw anjing ni memang comel.

Sherlock Holmes Museum


Kepada peminat siri novel penyiasatan Sherlock Holmes oleh Sir Conan Doyle, ini adalah koleksi gambar muzium sempena karakter detektif yg terkenal itu. Muzium yg bibuka pada tahun 1990 ini terletak di bangunan 4 tingkat Georgia di Baker Street. Menggunakan nombor rumah 221b seperti dalam novel, rumah ini sebenarnya berada diantara rumah nombor 237 and 241. Diuruskan oleh Sherlock Holmes International Society, muzium ini menyimpan koleksi barangan Sherlock Holmes, Dr.Watson dan tuan rumah Mrs.Hudson.  Koleksi gambar ini telah dirakam oleh photoblogger Omnesolum semasa melawat muzium tersebut.

How To Use the Bat Signal

Miami Covered in Foam


Mungkin ini adalah pesta buih terbesar di dunia, dengan bandar Miami, Florida dibanjiri buih setinggi 2 meter. Sebenarnya ini adalah kempen iklan dari syarikat elektronik Sony. Mereka membina mesin pembuat buih yg terbesar di dunia semata-mata untuk menjayakan iklan ini. Mesin ini mampu membuat 500,000 gelen buih dalam masa seminit.

Justin Bieber Prank



Dah banyak kes fan Justin Bieber kne prank dengan teknik penyamaran justin Bieber. Kali ni peminat Bieber di Zurinch menjadi mangsa prank oleh seorang lelaki dengan idea geniusnya, berdiri di atas bumbung hotel tempat Bieber menginap. Nice!

Stunning Steampunk Scluptures by Pierre Matter


Artis dari France, Pierre Matter menunjukkan dunia bagaimana tembaga boleh menghasilkan arca steampunk yg menakjubkan. Dicampur dengan bahan-bahan lain seperti resin, gangsa, getah, aluminum dan banyak lagi, hasil ciptaannya sangat menarik dengan kebanyakkan subjeknya adalah haiwan.

Saturday, April 16, 2011

Car Thief Nearly Crashes With Train


Ni video kejar mengejar yg berani mati oleh pencuri kereta di Peterborough, England. Video dirakam dari kereta polis yg mengejarnya dan kelihatan pencuri kereta Mercedes C180 merah, Terence Fowler, 20 bernasib baik apabila terlepas daripada bertembung dengan kereta api beberapa saat selepas dia merempuh lintasan kereta api yg telah ditutup itu. Tengok video ala2 fast & furious yg dramatik di dalam.

A Robotic Beggar


DONA adalah robot yg digunakan untuk mengumpul derma bagi tujuan kebajikan. Penggunaan robot seperti DONA kelihatan berkesan dengan tarikan DONA yg comel ketika berinteraksi dengan penderma menarik lebih ramai lagi orang lebih-lebih lagi kanak-kanak. Malah penggunaan robot juga dianggap mampu menyelesaikan masalah di mana kebanyakkan orang tidak suka berinteraksi dengan peminta derma dari golongan orang dewasa.

Miniature Books by Jozsef Tari


Jozsef Tari telah mula mengumpul buku mini sejak dari tahun 1972, dan kini beliau boleh berbangga dengan koleksi 4,500 buku mininya termasuklah sebuah buku terkecil di dunia (2.9 x 3.2 mm). Kebanyakkan buku koleksinya adalah bahasa Hungarian, tetapi dia juga ada beberapa buah buku dari US, Mexico, Canada, Australia, Indonesia dan Japan.

Funny Trio Dancing



Ni baru betul apa yg Jambu (Maharaja Lawak) cakap "muka legend,hati kiut." HAHA

Human Scluptures Coral Reef


Sebanyak 400 buah sclupter manusia bersaiz sebenar menghiasi dasar laut di National Marine Park of Cancún, Isla Mujeres, dan Punta Nizuc, Mexico sebagai sebahagian daripada projek mereka yg dipanggil "The Silent Evolution." Persiapan untuk menyediakan batu karang tiruan in adalah usaha keras daripada muzium bawah laut baru, MUSA (Museo Subacuático de Arte).

Friday, April 15, 2011

DIY Playable NES Coffee Table


Ini mungkin adalah coffee table paling cool pernah aku tgk. Design yg diambil dari controller NES dan semua butangnya berfungsi penuh. Pembuat meja ini, Jocke telah menghabiskan 70-100 jam dan modal sebanyak $200 untuk menyiapkan meja ini. Di bahagian bawah meja ini telah dihiasi dengan beberapa tema permainan popular NES seperti Super Mario, Megaman, TMNT dan Dog Hunt. Cool!

Awesome Creative Pharmaceutical Ads

Semenjak penggunaan iklan cetak menjadi sangat popular untuk kempen makanan dan alkohol, industri kesihatan kini banyak tampil dengan poster-poster iklan mereka yg kreatif, dengan kandungan maklumat yg minimal tetapi mesej yg disampaikan mudah untuk difahami. Ini adalah contoh koleksi terbaik bagaimana iklan farmasi yg boleh menarik tumpuan orang awam terhadap produk mereka.

Asonor – Give back his dreams
Advertising Agency: Grey Paris, France


Rania Matar: A Girl And Her Room

Emma 18, Brookline MA

Photographer dari Lebanon, Rania Matar merakamkan gambar perempuan remaja dari seluruh dunia di dalam ruang peribadi mereka iaitu bilik tidur. Memberi kita idea bagaimana kehidupan seorang remaja perempuan digambarkan dari bilik tidur mereka. Projek ini diinspirasikan oleh anak perempuan Rania sendiri yg melihat mereka membesar.

A Record Player Wedding Invitation


Aku pernah post pasal design kad jemputan kahwing yg cool dan kreatif sebelum ini, begitu juga dengan kad jemputan kahwin dari Mike & Karen. Kad jemputan kahwin yg berbentuk booklet itu boleh memainkan lagu yg dirakamkn oleh mereka sendiri dengan menggunakan sistem flexi desk. Memerlukan anda untuk memutarkan disk tersebut seperti turntable untuk mendengar lagu istimewa perkahwinan mereka yg catchy. Sweet!

Trick Shot Doc



Biasanya korang akan layan video trick shot dari pemain bola sepak atau pemain ragbi, tapi siapa sangka kerjaya seorang doktor pon berpeluang untuk membuat trick shot yg cool macam ni. What! Jom usha Dr. Denton bermain-main dengan peralatan mediknya. Fake but still funny eh.

Thursday, April 14, 2011

What's Inside This Very Big Egg?

Seorang penternak ayam di Jepun telah menjumpai sebiji telur ayam yg sangat besar di rumahnya. Dia kemudian memecahkan telur tersebut untuk melihat isi telur gergasi itu. Apa yg keluar dari telur itu sangat mengejutkan, dan jgn bimbang ianya SFW.

The Bizarre World Of Laurie Lipton


Kali ni, aku nk highlight sket hasil kerja Laurie Lipton yg agak bizarre bagi aku. Artis kelahiran New York ini mula melukis semasa berumur 4 tahun lagi. Merupakan pelajar pertama yg menamatkan pengajian Fine Arts Degree di Carnegie-Mellon University, Pennslyvania. Kebanyakkan hasil kerjanya menggunakan pensil dan charcoal sahaja. Melihat hasil kerja beliau, Laurie Lipton jelas mempunyai daya imaginasi yg sangat hebat.

Valle de la Prehistoria – Cuba’s Jurassic Park


Valle de la Prehistoria, berdekatan dengan bandar Santiago de Cuba, adalah taman tema pra-sejarah yg menarik ramai pelawat dengan lebih 200 model dinosaur bersaiz sebenar dan orang gua. Terletak di dalam Bocanao National park, Valle de la Prehistoria berkeluasan 11 hektar dan keadaan sekelilingnya hampir menyerupai keadaan zaman dinosaur sebenar. Kalau korang masih ingat lgi, aku pernah post pasal The Anza Borrego Desert yg mempunyai konsep yg sama, iaitu taman patung dinosaur yg dibina dari logam.

Wednesday, April 13, 2011

The Gagarin Tourbillon Watch


Hari tu aku ade post pasal sambutan ulangtahun ke-50 Yuri Gagarin pergi ke angkasa lepas, rupa-rupanya Bernhard Lederer telah bersiap sedia dengan rekaan jam terbarunya iaitu Gagarin Tourbillion sebagai tribute kepada manusia pertama ke angkasa lepas itu. Rekaan jam ini diinspirasikan oleh kapsul angkasa lepas Gagarin, Vostok 3KA-2. Sementara tourbillion yg terbang mengorbit arah lawan jam selama 108 minit, jangka masa yg sama diambil oleh Yuri Gagarin untuk mengorbit bumi.

Lotus F1 Concept by Sonny Lim


Design konsep untuk Lotus F1 musim 2011 oleh Sonny Lim, designer dari Singapore. Kereta F1 konsep ini menggunakan semula tona warna hitam emas yg pernah digunakan oleh Aryton Senna pada 1986 untuk kereta Lotus 98T. Menampilkan logo sponsor yg diwarnakan hitam mati, tidak seperti kereta biasa yg menonjolkan logo sponsor dengan warna yg terang. Bahagian carbon fibre yg tidak dicat untuk mengurangkan berat dengan bahagian atas badan kereta diwarnakan hitam mati untuk menstabilkan aliran angin dan mengurangkan getaran selain meningkatkan aerodinamik kereta ini.

Miniature World of Michael Paul Smith


Gambar yg korang tengok ni mungkin hanya gambar biasa abad ke-20. Tetapi sebenarnya setiap gambar yg korang tengok ini adalah sebahagian daripada dunia miniature Elgin Park, dibina dan disusun dengan penuh cermat oleh Michael Paul Smith.

Magnificent Landscapes of Gardens Marqueyssac


Ape yg korang tengok ni bukan grafik komputer, tetapi adalah landskap Gardens Marqueyssac. Terletak di pekan Vézac di daerah Dordogne France, Gardens of Marqueyssac adalah antara landskap paling menakjubkan di dunia. Landskap yg dibentuk dengan sangat kemas ini menghiasi istana abad ke-17 yg terletak di atas lembah Dordogne yg indah. Taman yg berbentuk lengkungan dan buih ini dijaga dengan rapi dan rupabentuk istana yg dikekalkan walaupon sudah berusia 300 tahun. Galeri gambar taman ini menceritakan segalanya.

Tuesday, April 12, 2011

1967 Porsche 910 Spyder Coupe


Ini adalah Porsche 910 Spyder Coupe 1967, hanya 5 unit sahaja yg dibina oleh "Werks Team" 910-8 Spyders untuk Porshe Factory pada musim bunga 1967. Memenangi 2 perlumbaan pertamanya dengan cemerlang, kereta ini diubahsuai untuk setiap kali perlumbaan. Beberapa kali bertukar tangan dalam masa 40 tahun ini, kereta lumba ini banyak menghabiskan masa di dalam muzium atau koleksi peribadi. Kereta 5 kelajuan manual ini dikuasakan oleh enjin flat-six air cooled, dengan pintu lipat kedepan dan panel atap yg boleh dibuka.

Hilarious collection of defaced money.


Koleksi gambar duit kertas yg diconteng dari seluruh dunia. Enjoy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...