Friday, December 31, 2010

Dollar Redesign Project

U.S dollar adalah matawang rasmi di Amerika Syarikat, Panama, Liberia, Timor Leste dan beberapa negara lain. Ia adalah salah satu mata wang dunia yang paling banyak digunakan. Bil nya juga dianggap sebagai salah satu matawang yang paling hodoh di dunia. Untuk membantu memacu kewangan, Richard Smith, seorang perunding strategi kreatif, melancarkan website untuk mengumpul idea untuk duit baru: The Dollar ReDe$ign Project.

Dan keputusan undian adalah seperti berikut:

FIRST PLACE – Dowling Duncan – 7,380 votes


Kisah Perompak Dengan Batang Kayunya

Biasanya perompak akan merompak dengan senjata2 kecik spt pisau, pistol, dan parang. Kalau paling besar pon senapang gajah, tp sume tu buat mangsa rompakan takut nk melawan.
"Kalau perompak tu guna batang kayu yg besar??" Soalan yg bagus tu.Tp knp batang kayu yg besar?? dan mangsa rompakan siap berani melawan lg?? Korang tgk la sendiri.



Polis mengatakan lelaki itu mengambil duit dan melarikan diri melalui pintu belakang.

Mcm kelaka pon ade. Tp agak2 la nk merompak pkai kayu besar camtu HAHA

[TBD]

'Mercury' High-Speed Train by Priestmangoode


Designer British, Priestmangoode telah melancarkan sebuah tren berkelajuan tinggi konseptual untuk UK. Studio London telah mencipta design yg berjudul Mercury, dalam usaha meyakinkan kerajaan British untuk memajukan projek ini. Dengan 400 meter panjang, tren double-decker ini akan bergerak pada kelajuan 225 mph dan mempunyai salah satu bahagian muncung terpanjang di dunia.
Interiornya akan mempunyai kawasan dengan kerusi komuter dan tempat berlabuh peribadi, tempat bermain anak-anak, lounge dan bar.

FHM 2011 Calendar

Lagi sehari nk masuk tahun 2011. So sbg penutup 2010 ni, aku post calendar FHM 2011.
Harap2 lepas korang tgk calendar ni, tahun 2011 korang akan jadi lebih bermakna. =)


Thursday, December 30, 2010

How To Make Daft Punk Helmet..............

Daripada tajuk kt atas tu aku nk sambung sket .........in 17 months?!
Haa tp sebelum layan video tu, kpd yg x kenal sape Daft Punk, biar aku bagi intro sket psl duo feveret aku ni:

Daft Punk adalah duo yang terdiri dari pemuzik Paris Guy-Manuel de Homem-Christo (lahir 8 Februari 1974) dan Thomas Bangalter (lahir 3 Januari 1975). Duo ini dianggap salah satu kolaborasi muzik elektronik yg paling berjaya sepanjang zaman, baik dalam penjualan album dan pujian kritik. 



The Transparent Canoe




Sebelum ni terdapat beberapa projek yg menghasilkan versi transparet sesuatu benda, antaranya ialah bathtub transparent, kapal terbang transparent, dan telefon bimbit transparent. Tp semua projek diatas tiada motif penambahbaikan dari segi fungsi jika ianya transparent. 

Congrats To Malaysia by Rio Ferdinand


See! Rio Ferdinand pon ucap tahniah kt team Malaysia. Korang ade bau x? Bau kebangkitan bola sepak Malaysia HEHE

Vibram FiveFingers



Dipasarkan sebagai alas kaki pertama yang menawarkan "kepuasan berkaki ayam dengan perlindungan dan keselamatan,"Vibram's FiveFingers memberikan bahagian atasnya sintetik elastik dan perlindungan getah nipis. Vibram dgn tiga model FiveFingers mempromosikan kesihatan kaki lebih baik dan merangsang otot-otot pada kaki dan bahagian tapak kaki untuk yang lebih kelincahan, keseimbangan dan kekuatan. Selain itu postur badan akan lebih baik dan sakit pinggul berkurang.

Wednesday, December 29, 2010

Unique Oil Rig Hotel

Rig minyak yg berada di Laut Sulawesi dimiliki oleh Suzette Harris, seorang ahli perniagaan wanita Singapura. Bapa mertuanya membeli raksasa logam ini pada tahun 1988. Di Singapura anda boleh membeli sebuah rig minyak yang digunakan, semudah anda akan sebuah kapal tua. Setelah membelinya, rig minyak itu ditarik ke perairan Kalimantan dan bermulanya hotel ini unik.

Seaventures Dive Resort mungkin tidak semewah hotel lain di Malaysia, tapi itu suasana unik, dan fakta bahawa itu adalah satu-satunya rig hotel minyak di dunia, menjadikannya salah satu resort yang paling popular di dunia pelancongan.



“The Residential Church XL“

Gereja Saint Jakobus, yg dibina pada 1870 kini adalah sebuah rumah bandar moden dan untuk dijual. Dikenali sebagai “WoonkerkXL” atau "The Residential Church XL", rumah yg luar biasa ini terletak di Utrecht, Netherlands. Direka semula oleh ZECC Architects dengan rekaan yg menarik dan rekaan dalamannya tidak kelihatan seperti gereja langsung.


Punch Me Panda!

“I knew people were angry. I knew people want to punch things, because I want to punch things,” itulah Nate Hill, 33, menerangkan idea gilanya memakai costume panda and menyuruh orang menumbuknya.

Tujuan utama Nate membuat Punch Me Panda ini adalah untuk melepaskan tekanan orang lain dengan menumbuknya. Dia menganggap ini sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kpd masyarakat.


The Tweeting Mouse?

Dalam percubaan kejuruteraan genetik, para saintis Jepun di Universiti Osaka telah mencipta tikus yang berkicau seperti burung. Setelah persilangan genetik tikus diubah untuk beberapa waktu, untuk melihat apa yang akan terjadi, mereka mendapat hasil pertama yg menarik daripada kesalahan. Peneliti Arikuni Uchimura mengatakan mereka mengharapkan mutasi fizikal, tapi bukan tikus yg berkicau.



Jgn membiak sudah la tikus ni. Lg bising kalau ade kt atas siling rumah.

Tuesday, December 28, 2010

First trailer from Steven Spielberg's alien invasion series Falling Skies



Trailer pertama untuk siri Falling Skies arahan Steven Spielberg dikeluarkan. berikut adalah sinopsis kisah bersiri ini:

World's Youngest Yoga Teacher

Baru berumur 6 thn, Shruti Pandey ialah yoga trainer termuda di dunia. Anak muda ini telah mengajar orang dewasa di Ashram, India utara sejak 2 thn lepas. Gurunya, Hari Chetan, 67, telah mengasaskn Ashram sejak 35 thn lalu. Dia mengenalpasti bakat Shruti ketika berusia 4 thn lg.

Kini Shruti memulakn kelasnya seawal 5.30 pagi di Brahmanand Saraswati Dham. Dengan berseluar legging putih dan tshirt merah, dia dikelilingi anak muridya seramai 30 orang antaranya adalah cikgu,usahawan, suri rumah dan pesara.

Kata Shruti, "ia bagus bila orang mengikut arahan saya, saya rasa seperti guru sebenar".
"Saya mula tertarik dengan yoga selepas melihat abang saya melakukannya. Saya mencubanya sendiri tetapi ianya sangat susah. Jadi saya menyuruh ibu bapa menghantar saya ke kelas yoga".

Abangnya, Harsh Kumar, sekarang 11 tahun, membuat Limca Book of Records pada usia 5 tahun dengan mempelajari semua 84 posisi yoga - tapi dia tidak pernah tertarik menjadi guru seperti adiknya.


The 16th Century World's Earliest Plastic Surgery

Untuk selebrity seperti Heidi Montag, pembedahan plastik ni adalah "modern luxury", iaitu mereka boleh kelihatan seperti apa yg mereka mahukan. Tapi penemuan detail nosejob menunjukkan yg pembedahan plastik ni xdela moden sgt. Sebuah buku abad ke 16 antara yg terawal merekodkan pembedahan hidung kini telah dijual.

Hasil kerja menakjubkan yg berjudul De Curtorum Chirurgia Per Insitionem bermaksud The Surgery of Defects by Implantations telah dipasarkn pada 1957 dan ditulis oleh Gaspare Tagliacozzi, seorang professor surgery dan anatomy di University of Bologna.


Zipper Earbuds or else, Zipbuds



Zipbuds keluaran DGA ni sgt praktikal dengan sistem zipnya memudahkan pengguna menikmati muzik. Ia menjimatkan masa untuk menguraikan simpulan wayar dan memberi lebih masa mendengar muzik anda. Design yg stylish dan praktikal, kini anda lebih bergaya ketika mendengar lagu kegemaran anda.

TRON Inspired Skatecycle By Alon Karpman


Tron sekali lagi menjadi inspirasi kpd inventor sbg tema design mereka. Kali ini Alon Karpman mengubah produk ciptaannya freerider skate cycle dalam versi tron. Produk yg memenangi anugerah 2010 IDEA ini ternyata sgt mencuri tumpuan dan seolah2 ianya adalah produk asal dari movie tron itu sendiri.

Worst Museum In History

Aku x tau ni muzium ape. Tp name die buat aku rase nyilu je HAHA

[IONBROOKS]

Is Reading Wife's E-mail a Crime?


Leon Walker dari Rochester Hills disabit kesalahan kerana sengaja membaca email isterinya. Email tersebut membongkarkan kecurangan isteri itu dgn bekas suaminya.
Bekas suami isterinya itu pernah ditahan kerana memukul isterinya didepan anak lelaki mereka. Walker lalu menghantar email tersebut kpd bekas suami isterinya itu kerana mahu melindungi anak lelaki isterinya.

Walker memasuki email isterinya dengan menggunakan laptop yg mereka kongsi, dan mendapat password isterinya dari sebuah buku di sebelah laptop tersebut.
Kes ni bukannya kes high level hacking pon, tp kne caj 5 tahun jail kot. Apela nasib ko Walker.

[FREEP]

Monday, December 27, 2010

Most Expensive Christmas Tree Ever


Sclupture pokok krismas dari gabungan tripod, kamera, lense, dan flash gun ini bernilai $150,000 USD. Damn!

BMW Vision Efficient Dynamics Prototype


Model konsep BMW Vision Efficient Dynamics ni da dpt approval untuk dipasarkan. Dianggarkan bernilai lebih 200,000 USD apabila dipasarkan kelak. Model prototaip ni dilengkapi dgn winged doors dan 4 seats, enjin 3 silinder turbo diesel dgn hybrid synchronous motor didepan dan enjin sepenuhnya hibrid dibelakang. Kombinasi enjin hibrid ini membolehkan kereta ini menggunakan sebanyak 3.76 liter minyak untuk perjalanan sejauh 100km. Kereta ini juga mempunyai bateri lithium ion yg boleh dicas semula.

Gay Games Cologne 2010

Lebih 10,000 dari seluruh dunia bersaing sesama sendiri dalam Gay Games 2010. Tahun ini pertandingan itu dihoskan di Cologne, Germany.


Martabatkan Bahasa Melayu

Korang pernah dengar kn ade kempen memartabatkan bahasa melayu. Kalu x penah dengar tu korang buat2 mcm penah dgr jela. Bukan ape, ni ade seko makhluk ghaib merangkap member jauh aku sgt bersemangat untuk memartabatkn bahasa melayu ke peringkat global.
Antara usahanya adalah seperti ini :


Pasni marilah kite ramai2 cuba mencontohi tabiat beliau ini di sekian hari.
Sekian HAHA

Tokey Playboy Hugh Hefner Bertunang Lagi

Pengasas Playboy, 84, kini bertunang dengan teman wanitanya Crystal Harris, 24 tahun yg juga seorang  Playmate. Damn! umur die almost 4 kali ganda tua dari aweks playboy tu. 

Ini akan menjadi pernikahan ketiga untuk Hefner. Dia berkahwin isteri pertama Mildred tahun 1949 ( anak Christie, 58, dan David, 55) sebelum bercerai pada tahun 1959. Pada tahun 1989, dia mengahwini Playmate Of The Year Kimberley Conrad, dan mereka memiliki anak Marston, 10, dan Cooper, 9. Perceraian mereka telah selesai tahun lalu.



Syok la ko orang tua ganyut. Seumur hidup dikelilingi pompuan yg hottest je. Umur da 84 tu bwk2 la bertaubat HEHE

Wedding Invitation of the Day

Dalam masyarakat Greek, "kahwin" dibahasakan dengan perkataan "ikatan". Chris Trivizas mengolahkan ideanya dgn baik untuk menghasilkn kad jemputan perkahwinan daripada metafora tali yg menggambarkan ikatan perkahwinan. Satu idea yg kreatif Chris, tp takut pula kalau disalahertikan tali tu sbg tali gantung HAHA


Harimau 3 - 0 Garuda

Puas hati aku semalam dpt tgk Malaysia bantai Indonesia 3-0. Tp ade komen dari The Jakarta Post yg kate Malaysia menang sbb bantuan laser dari penyokong. WTF!
Kalau betul la penyokong Malaysia ni assholes sbb tembak laser kt muka pemain Indonesia, video ni ade bukti yg penyokong Indonesia pon assholes. Korang pon main laser pastu bile terkena blk nk melenting plak.
Sumpah mcm monyet la perangai korang ni HAHA



Sunday, December 26, 2010

Where's Your Helmet?

Semua model2 yg hensem dan comel ni ada memakai bersama mereka ialah sebuah helmet basikal. Korang xkn perasan kalau aku x bgtaw HAHA. So airbag yg direka oleh hovding ni adalah seperti hood kt leher diorang tu. Airbag ni dilengkapi dgn sensor accelerometers dan gyros yg akan berfungsi apabila mengesan pergerakan abnormal penunggang basikal ketika kemalangan berlaku.


Pancing Ikan kt YM

Ni aku ade kesah sket nk story kt korang sume. Kisah memancing ikan gupi berumpankan meatball Ikea.
Korang bacela sndri kt bwh ni HAHA

Awesome Facebook Profile Pages

Design terbaru profile page facebook lebih emphasis kpd foto. Beberapa individu kreatif menggunakan sebaiknya fungsi ini untuk mencipta profile page yg menarik.


Christmas with Celebrities in Santa Costumes

Selamat Hari Natal!

Katy Perry

Riot Dog!

Sekali pandang nmpak mcm anjing kurap terbiar biase kt tepi jalan, tp sekor anjing kt Athens ni ade hobi luar biasa sket iaitu merusuh. Anjing yg digelar Riot Dog ni da bnyk kali join aktiviti merusuh pihak authority dengan geng manusianya.


[WTS] Mummified Vampire Heart

Hati yg diawet milik Vampire Auguste Delagrange untuk lelongan.Sape berminat bule la pegi bida kt ebay. Sesuai la ntok pengumpul koleksi barang mistik mcm ni.


How To DIY 3D Glasses At Home



Pasni tgk muvie 3D kt GSC bwk google 3D korang
Mmg gerek seyh! HEHE

Saturday, December 25, 2010

Xmas by Thomas Hourdain

Konsep baru untuk pokok krismas hasil idea kreatif Thomas Hourdain yg dikenali sbg Sapinos. Sapinos ini berketinggian 40cm dan lebar tapak adalah 20cm. Boleh diubahsuai dan mudah untuk dipadankan. Rekaan Sapinos sesuai untuk sambutan krismas di ruang sempit.


Modern Japanese Capsule Hotel

Selamat datang ke 9 Hours Hotel, Kyoto dimana anda boleh tidur dalam 1 drpd 125 kapsul  yg dipanggil "hubs" dgn bayaran $80 se-malam. Hotel ini agak popular kpd pengguna komuter yg terpaksa overnight di bandar.

Hotel ini direka oleh Fumie Shibata dari Design Studio S. Dengan bantuan kumpulannya, dia menggunakan elemen 'minimal transit space' dalam bandar besar Japan.



Kebenaran Yg Pahit


Tp bg wa x pahit mane pon kebenaran ni HAHA

Superb-Designed Data Center: Pionen

Pionen ialah underground data center milik syarikat pembekal internet terbesar di Sweden, Banhof. Ianya terletak 30 meter di bawah batu granite. Asalnya tmpt ini adalah bomb shelter. Pineon mula famous kerana menjadi host kpd beberapa server WikiLeaks. Dan tmpt ni mmg cantik gile kot.


Snubby J & His PVC Instrument


Snubby J (aka Kent Jenkins) terkenal dgn persembahan videonya di Youtube bermain PVC Instrument yg diinspirasikan dari Blue Man Group
Snubby J juga pernah menyertai tv show America's Got Talent walaupon dia masih lg pelajar tahun pertama dalam kursus Teater di Loyola Marymount University, Los Angeles, California.

Young Me / Now Me

Awal thn ini, videoblogger terkenal Ze Frank mengajak pembacanya untuk recreate gambar childhood mereka dgn mereka yg sekarang melalui program Young Me Now Me. Paham atau tidak...

Idea beliau mmg menarik dan bersempena dgn sambutan krismas ni, peserta dpt menggunakan gmbr tersebut sbg hadiah kpd ord yg tersayang.
Lu mmg genius la Ze Frank.

Ni ade beberapa gmbr dari program Young Me Now Me yg agak cambest la bg aku. Enjoy


pic name

pic name

Amazing Space Paintings By Brandon McConell



Hasil karya seni spray paint yg menakjubkan dari Brandon McConell
Ni la hasil evolution drpd graffiti kpd hasil seni yg lebih komersial
Cayala bro!

Harimau vs Garuda


Malam esok bakal berlangsung perlawnan final pertama piala AFF Suzuki Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku sbg peminat setia sukan bola sepak mengambil peluang ni ntok menyeru rakyat Malaysia menyokong pasukan kebangsaan kita.

Perlawanan ni cukup menarik bagi aku. Walaupon bertemu negara jiran serumpun adat dan budaya, tp aku yakin kedua2 pihak akan bertemu bagai musuh ketat.
Diharap pasukan negara dpt membawa blk piala yg sekian lama diidam2kn oleh rakyat Malaysia.

p/s : Agak formal entri diatas, aku sbnrnye nk maki je team indon ni
Tp xpela, bg chance la kt diowg. Kang moral down x best plak match nati HEHE

Peugeot ex1

Untuk merayakan ulang tahun ke-200 mereka, Peugeot pembuat kereta dari Perancis membina sebuah kereta konsep baru iaitu EX1. Kereta lightweight mempunyai dua seat dan tidak berbumbung dengan kuasa 4 roda bermotor elektrik yang menambah hingga 340hp. WTF!!!!

Design exteriornya cukup dramatik dengan "air intake" depan yang besar, side scoops dan paparan angin low-profile. Sementara kereta ini mungkin tiada pengeluaranya, prototaip yg dibina oleh peugeot dikatakan mencapai keputusan yang sangat baik.


Transformers 3



Korang da usha trailer Transformers 3 : Dark Of The Moon? Pehh terbaik beb. Cambest je aku tgk.
Ni yg membuatkn aku ade reason ntok excited nk sambut 2011 HEHE
Sape yg x usha lg trailer die jgn buat malu aku,cpt tgk kt bwh ni! Adoi la korang ni.

2011 Hairstyle

Sempena da nk penghujung tahun 2010 ni, aku review la sket psl hairstyle ntok tahun 2011. So sesape yg nk ubah penampilan tu bule la ikot gaya rambut diowg ni. Tp harap maklum pompuan jela ye.


Abbey Road Dalam Sejarah


Baru2 ni Britain menjadikan Abbey Road Crossing sbg tapak sejarah di negara itu. Sempena cover album "Abbey Road" yg dipasarkn pada 1969, empat anggota The Beatles iaitu Paul McCarthy, John Lennon, George Harrison dan Ringo Starr melintasi sebatang jalan. Gambar ikonik ni mula menarik ramai peminat The Beatles untuk merakam aksi mereka di lintasan itu.

p/s: Pasni sape nk amik gmbr kt Abbey Road Crossing ni kompem kne caj ngan pemintak sedekah yg menyamar jadik pak guard situ    HAHA
     

Friday, December 24, 2010

SuperMartxe Paris Hilton Racing Team

Paris Hilton menghangatkn musim winter di Spain dengan pelancaran SuperMartxe VIP MotoGP Team di ME Madrid Hotel.

Dengan suit seksi merah jambunye yg menggoda tu, Paris Hilton berposing depan photographer untuk mempromosikan pasukannya dan siri parti SuperMartxe VIP.

SuperMartxe ialah brand yg dikenali di Spain dan kepulauan mediterranean Ibiza dgn parti kelab malamnya yg unik.

Korang suke la dpt cuci mate kn.
Nah hamik!



Beautifully Layered Paper Scluptures

Karya seni kertas dari Cheong Ah Hwang ni sememangnya istimewa. Mencipta sendiri hasil seni ini dan sepenuhnya menggunakan kertas. Bagi meluaskan bakat seninya tu, beliau menyertai kickstarter dan telah memperoleh dana sebanyak $570 untuk projek seterusnya. Isteri dan Ibu ini berazam untuk menjadi artist profesional pada masa akan datang.


Cool Tricks

video

Tricks cool dari beberapa mamat China (berdasarkn pemerhatian mata kasar aku la) buat tricks yg bole challenge aksi2 stunt rajhnikan yg sememangnya melawan hukum cakerawala HAHA
Korang enjoy jela (lagi ayat bajet ramai reader. Hampeh!)

Favourite Quotes By Sammy Vellu



Sori bro
Lu yg ckp, bkn abg yg ckp HAHA

p/s: Jgn tangkap saye, blog saye baru lg ni. Peace!

30,863 dapat semua A PMR


PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A meningkat 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud (gambar) berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini 2.74 meningkat berbanding 2.78 tahun lalu.

“Keseluruhannya pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik berbanding tempoh empat tahun lalu,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini semalam.

Baguslah tu adik-adik
Pasni jgn buat bnd yg bule merosakkn mase depan ya
Keep It Up!

Facebook vs Twitter. Sapa Menang?



Surgery Ruined Heidi Montag's Career


Dari Youtube Ke Pintu Besi

Kalau anda ade sebuah kereta yg siap modified dan bule memecut sehingga lebih 190mph untuk dijual. Jgn rakam aksi pecut anda di jalan raya dan upload di youtube kononnye bule menarik lebih ramai buyers, anda silap!

Bagi Cody Replogle 30 thn, cara tersebut mungkin satu idea genius. Merakam aksinya memandu Corvette yg siap dimodified di bandar Oklahoma dgn kelajuan 195+ mph untuk diiklankn di youtube. Malangnya ade individu yg telah membuat laporan polis setelah melihat video itu.

China Penciplak


Thn 2009 Bandai Namco telah membina monumen yg menggegarkn dunia dgn model RX-78 setinggi 59 kaki (18meter) bersempena ulangtahun ke-30 projek Mobile Suit Gundam.

Tp China dgn bakat menciplaknye telah membina klon RX-78 untuk sebuah Floraland Park di Szechwan dengan kemasan jingga dan bersaiz kecil sedikit dari RX-78 yg ori di Tokyo.

Pihak Gundam Tokyo dah merancang untuk mengenakan tindakan undang2 kt pengurusan theme park di China, tp selambe je org China x sedar diri ni mengaku yg Gundam diowg tu ori. Bullshit!

Thursday, December 23, 2010

ZEUS Mengamuk Di Athens




Gambar ni diambil dari Olympic Stadium, Athens ketika ribut petir melanda kawasan tu.
Mungkin ZEUS mengamuk sbb Greece kalah dlm World Cup aritu. HAHA
Penulis tu ckp, petir yg plg besar tu bknnye kne kepala mamat yg bajet berani berdiri tgh2 alam tu. Tp petir tu sbnrnye beratus2 kaki dari jarak mamat tu berdiri.

Canon EOS 550D, 28/6/2010 1:16 - 1:48, Shutter Speed 3.2 sec x 42 shots, Aperture Value 4.0, ISO 100, Lens Canon EF 15mm f/2.8, Focal Length 15.0 mm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...