Monday, May 16, 2011

Daphne Selfe – A Successful Supermodel at 82


Di dunia yg obses dengan kecantikan fizikal, Daphne Selfe, 82 membuktikan bahawa usia tua tidak menghalangnya untuk mempunyai karier peragaan yg berjaya. Nenek kepada 4 cucunya ini telah berkecimpung di dalam bidang peragaan sejak 60 tahun lalu. Kini Daphne menjadi lebih popular daripada ketika usia mudanya. Dia telah muncul dalam iklan untuk syarikat seperti Olay dan Nivea, memperagakan koleksi pakaian Dolce & Gabanna dan muncul di dalam majalah Vogue dan Marie Claire. Daphne tidak pernah membuat pembedahan plastik dan mendapat bayaran $1,600 sehari untuk kerja peragaan. Kau mampu noks HAHA


Daphne Selfe memulakan bidang peragaan pada tahun 1950 di Reading England.. Dia berusia 20 tahun dan rakannya menyakinkan Daphne untuk menyertai pertandingan peragaan tempatan dan dia memenanginya. Daphne telah menjadi model untuk beberapa pengeluar pakaian tempatan dan muncul dalam beberapa kempen iklan. Kariernya hanya berkembang dalam 5 tahun sahaja dan selepas itu tiada yg istimewa tentangnya.






Zaman muda2 Daphne.

Tak sangka dah tua ganyut pon laku lagi jadi model. HEHE


[ODDITYCENTRAL]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...