Sunday, May 22, 2011

'Smile Cup' by Nikita Mokhirev


Rekaan yg memenangi anugerah istimewa juri untuk Fujitsu Design Award 2011 ini memang sangat istimewa. Direka oleh Nikita Mokhirev, 'smile cup' memberikan pengalaman berinteraksi dengan keadaan sekeliling dan menunjukkan ekspressi ketika berhubung melalui cawan.

Ramai orang kini menghabiskan masa mereka bersama kawan2 melepak dan bersosial di restoren, cafe, pub, dan tidak lupa juga kedai mamak sambil menikmati minuman kegemaran mereka. Nikita bijak mengambil peluang dari situasi ini dengan mencipta cawan yg mampu memberikan sesuatu elemen tambahan yg pasti menyeronokkan. 'Smile cup' mempunyai alat interaktif yg boleh menerima mesej, menunjukkan masa, alat mengawal, penggera, atau untuk permainan.

Ia berkomunikasi dengan yg lain bukan sahaja melalui perkataan, tetapi juga imej. Cawan ini mempunyai skrin di kedua-dua belah permukaan. Imej boleh dipilih melalui pemegang cawan yg dilengkapi dengan sensor sesentuh dan orang di sebelah kiri dan kanan akan dapat melihat ekspressi anda. Cawan ini mempunyai fungsi lain seperti melabelkan nama jenis minuman, memanggil pelayan untuk mendapatkan bil, meminta pelayan menambah air, dan juga sebagai medium pengiklanan.





Tak mustahil masa depan nanti kita akan guna cawan macam ni kt kedai mamak. Tapi kalau kne rembat macam mana?

[DESIGNBOOM]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...