Friday, February 25, 2011

How to Make a Heart Shaped Hard Boiled Egg


Aku rasa post kali ni sangat berguna untuk makcik2 yg jual nasi lemak meningkatkan jualan harian mereka. Oleh kerana kewujudan 'Bakso Cinta' yg mungkin menjejaskan prestasi jualan, apa kata kalau makcik2 try jual 'Nasi Lemak Cinta' pulak. Haaaa meh Chef Go nk ajar cane nk buat telur rebus berbentuk hati. Salin ye makcik2.



Langkah 1: Sediakan potongan kotak susu yang  dilipat memanjang, 2 gelang getah dan chopstick.

Langkah 2: Sediakan telur rebus dan kupas kulitnya.

Langkah 3: Sementara telur masih hangat, letakkan telur di kotak susu yg dilipat, tempatkan chopstick di tengah2 telur dan ikat kedua2 hujung kotak susu dengan gelang getah.

Langkah 4: Biarkan selama 10 minit atau tinggalkan di dalam fridge untuk kesan yg lebih pantas.

Langkah 5: Tanggalkan chopstick dan belah telur rebus kpd 2 bahagian.




Dah siap!

Lepas aku tgk step2 tadi tu, makan mase jugak kalau nk produce dalam kuantiti yg banyak. Bule la jual Nasi Lemak Cinta ni kurang2 pon rm3 sepinggan HEHE

Thanks to AnnaTheRed for this cute tutorial.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...