Wednesday, February 9, 2011

The Wheelchair of the Future Is Like a Bicycle Rowboat


Amos Winter, graduan PHD dari MIT department of Mechanical Engineering dengan bekerjasama dari Whirlwind Wheelchair International, telah merekabentuk kerusi roda untuk negara membangun.

Dalam kajian Winter, beliau ingin mereka kerusi roda yg:
  • Independence- Kemampuan untuk digunakan dengan bantuan yg paling minimum.
  • Empowerment- Kebolehan untuk bergerak kemana sahaja pada bila-bila masa.
  • Access- Kemudahan untuk pengguna kerusi roda pergi kerja atau mendapatkan sumber.
  • Affordable- Harga yg mampu dimiliki




Winter tampil dengan idea kerusi roda yg dikuasakan oleh pengayuh. Seperti mountain bike, ianya akan menggunakan beberapa prinsip mekanikal. Oleh itu, muncul pula idea Leveraged Freedom Chair (LFC).

Ada beberapa prinsip LFC yg Winter fikirkan iaitu:
  • Memanfaatkan sumber daya tempatan yang banyak: basikal Inggeris Classic adalah bentuk pengangkutan paling umum. Ada dimana-mana, membuatkn ianya sedia dan murah.
  • Dibuat dari bahagian-bahagian basikal: komponen basikal yang murah dan banyak di negara-negara membangun. Mereka menjual dengan harga kurang daripada $1 per pound.
  • Dibuat secara tempatan, dihasilkan dengan mudah: Dibuat dengan bahan tempatan yg umum menggunakan teknik yang sedia seperti 'tube bending' dan 'welding'.
  • Boleh dibaiki di kedai basikal tempatan: Kerana kerusi roda ini dibina dari bahagian-bahagian basikal.

Selepas beberapa tahun menjalankan ujian LFC di Kenya, Vietnam,Guatemala dan Antigua, maklumat yg diperolehi dikumpulkan untuk meningkatkan rekabentuk LFC untuk percubaan akan datang.





Pada 2010, Winter membawa projeknya ke Continuum, global design and innovation consultancy, untuk menolongnya dalam pembinaan LFC. Sementara Winter dan kumpulannya melihat idea kerusi roda ini dari sudut kelas bawahan, Continuum pula melihat idea beliau dari sudut kelas atasan. Ini menjadikan gabungan mereka sangat berkesan dan menjadikan projek ini sebagai elemen yg baru. Di bawah adalah contoh LFC kelas atasan.




Perbezaan antara FLC kelas bawahan dan FLC kelas atasan.



LFC kini terbahagi kpd 2 cabang berbeza. LFC untuk negara membangun sedang dalam perancangan untuk dipasarkan akan datang di Guatemala dan India, dengan target penghasilan 1000 unit sebulan.

LFC sport pula dalam peringkat prototaip. Kemungkinan untuk berada di pasaran adalah pada hujung tahun 2013.

Matlamat sebenar LFC:

  • 1/10 daripada harga kerusi roda konvensional: dijual pada harga $100 sementara kerusi roda konvensional berharga lebih kurang $1000-$2500.
  • Jika dibandingkan dengan kerusi roda konvensional, sistem pengayuh lebih praktikal dan boleh melalui permukaan sukar.
  • LFC boleh digunakan untuk aktiviti luar atau dalam bangunan.
  • Dibina dari bahagian basikal dan teknik membangunkannya terdapat di semua negara membangun.

First entry panjang lebar dari aku. Penat nk translate satu2. Kalau korang tak bace tak taula aku. Orang lain dok buat macam2 nk tolong yg susah, korang suh bace je pon nk malas lg ke? Ape yg korang da buat untuk sumbangkan kepada masyarakat?
HEHE Renung-renungkan dan selamat beramal.


[CORE77]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...